Pages

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul 1431H/2010M



Allhamdulilah esok kita semua umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul oelh yg demikian marilah kita sama2 perbanyakkan selawat kepada Rasullullah.



"Allah Huma Soli Alla Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Saidina Muhammad"

Tadi aku baru je balik dari saksikan raptai penuh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan esok jam 6.00ptg hinggalah 11.00malm di Auditorium RTM Pahang..memang menarik pengisian pada tahun ini antaranya Ceramah Agama, Persembahan Nasyid dari kumpulan Rabbani, Marhaban dan paling menarik Pementasan Sirah Junjungan oleh Artis Budaya SUK N.Pahang dan Artis Budaya Majlis Perbandaran Kuantan. Walaupun latihan mereka x lame..tapi apa yg aku saksikan sewaktu raptai tadi sebuah pementasan yg boleh menyentuh hati dan perasaan sekiranya dihayati dengan penuh rasa keinsafan..

Tahniah kepada semua team pementasan tersebut. Tahniah juga pd Cikgu Lan (walaupun kadang2 macm kampit beras perangainya) kerana suara jantannya berjaya membuatkan bulu roma kaki aku naik hehhee..tapi memang best beb rugi x tengok..


walaupun x segah Pementasan di Istana Budaya..tapi pada aku pementasan ini cukup mengkagumkan walaupun hanya 30 minit..lebih-lebih lagi pementasan ini dibantu oleh live band bersama penyanyi dan korus2 yg boleh tahan kelunakkan suara mereka.. video dan slide show yg ditayangkan juga berjaya membawa kita kembali kepada zaman Sirah Rasullullah.. Aku harap Kerajaan Negeri Pahang dapat beri sedikit bantuan kewangan + lain2 supaya pementasan ini dipentaskan lagi dengan durasi masa yang lebih panjang..

Ini adalah sebahagian babak2 yg berjaya aku rakamkan dengan kamera murah aku ehhehe..



Opening Pementasan "Sirah Junjungan" -Sorry gambar dia x bape clear huhuhu..



Penlipur Lara (Cikgu Lan yg cam kampit)



Antara babak menarik Pementasan "Sirah Junjungan"

Kenangan Indah Saat Di Satukan..

Untuk makluman kengkawan yg mana x berkesempatan hadir majlis pertunangan aku dan isteri pd 13 januari 2008..Ini adalah sebahagian full video Majlis Merisik & Pertunangan kami..dan segalanya telah menjadi memori indah dalam hidup kami..saksikanlah.....















Tuesday, February 23, 2010

Birthday 1 year My Great Son

Actually birthday ni lama dah sambut (24/11/2009) tapi hari ni baru aku upload video..apepun ini doa & harapan ku buat Anakanda tercinta :

Ayahanda disini sentiasa mendoakan kesejahteraan Anakanda..semoga Anakanda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta selamat di dunia dan akhirat, dan menjadi harapan Ayahanda semoga Anakanda menjadi anak/insan yang soleh serta menjadi anak/insan yang berguna dan berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara suatu hari nanti Insya Allah...

Bila Aku Bosan Inilah Jadinya

Untuk kengkawan ofis semua yg telah menjadi mangsa serengan gile aku..aku minta maaf bebanyak..nak wat camne..video ni dah pun aku realisasikan di blog aku untuk tatapan rakan2 gile aku juga hahaha..inilah dia hasil karya gile aku disaat diri ini mencari sesuatu yg aku pun x tau hinggakan aku menjadi x keruan bosan dengan apa yang ada di sekeliling..yang demikian terciptalah sebuah karya gile + ciplak lagu B'Botak yang juga menciplak muzik dari karya Seniman Agung..terimalah The Remix B'Botak...huhuhu..

The Remix B'Botak

Friday, February 12, 2010

Kata Orang-Orang Tua

Hai lame benar x menulis hal diri ini..1st skali aku nak ucap time kasih kat Nizam/Otai Dymium sebab sudi belanja makan malam ni..sebab beliau baru masuk bonus berganda2 dari geng2 yg telah menjadi Ahli Dymium..tulah orang2 tua ada berkata "Kalau X Di Pecah Ruyung Manakan Dapat Sagunya"...jadi malam ni bukan dia sorang saja dapat SAGU tu.. tapi dengan aku skali merasa SAGU tu hehe termasuklah Along Upline Dymium aku & Isterinya Nizam..skali lagi thanks Nizam..lu memang Otai Dymium...Semoga cepat2 ko jadi Jutawan termasuk aku skali Amin...

Ram otak, fikiran & tenaga aku hari ni agak slow skit..aku x taulah..nape..aku rase letih semacam je..maybe cuaca panas..menyebabkan aku jadi Lagu Tu Kot..tapi ntahlah..ape kena mengena otak, fikiran & tenaga aku..kalo ngan hati aku sekali terasa tersangat2lah lemau dan sayu..

Sebentar tadi aku baru dapat detect otak, fikiran & tenaga aku bertambah cergas bila aku menelefon isteri dan dapat mendengar suara anak aku..walaupun anak aku baru pandai cakap bahasa2 merapu 'baaa kaakaa hikhik..' kalo orang2 tua ada berkata 'Dari Mata Turun Ke Hati'..tapi apa yang terjadi pada diri aku pada malam ini adalah sebaliknya..dari hati aku yang sayu tadi terus naik ke mata..dan x semena2 air mata jantan aku mengalir keluar tanpa dipaksa..walaupun hati aku sebak namun aku tetap tertawa gembira utk tidak menunjukkan kesedihan aku kepada isteri..dan seperti biasa aku akan beri alasan yg aku selsema...

Hati aku bertambah sayu bile dengar suara sayu isteri aku seperti keletihan. Dia bgtau hari ini dia terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan sewaktu pergi dan pulang kerja, kerana 2-3 kali dia muntah di tepi jalan (akibat alahan/mabuk mengandung 3 bulan)...aku sebenarnya risau akan keselamatan isteri aku..tapi apa aku boleh buat jarak antara kami jauhnya beratus kilometer..tapi aku percaya isteri aku seorang yg sangat kental jiwanya berbanding aku..tetapi sekental mana wanita itu dia tetap seorang wanita..seharusnya disaat ketika ini dia tidak sepatutnya bersendirian, tapi kerana kerjaya kami terpaksa akur...

Aku dan isteri sudah membuat permohonan kepada pihak atasan tempat kerja masing2 tapi awal2 lagi permohonan isteri aku di tolak ini kerana beliau baru berkerja dan di RTM Pahang tiada ke kosongan. Masalah permohonan aku utk berpindah ke KL (Ibu Pejabat JKKN) pula masih tiada status wal hal surat tersebut aku sudah hantar pada bulan 11/2009 lagi dan sudah 2 kali aku menelefon bertanyakan hal tersebut..pihak atasan hanya minta aku bersabar menunggu.. sekiranya ada kenaikkan pangkat didalam organisasi JKKN, Insya Allah aku akan dapat ditukarkan ke Ibu Pejabat JKKN.

Namun begitu aku akan terus menunggu sehingga penghujung bulan April 2010 sekiranya masih tidak ada jawapan yang pasti mengenai permohonan pertukaran aku...Insya Allah aku akan terus bersemuka dengan pihak atasan..memberitahu masalah yang di hadapi oleh aku dan isteri...semoga pihak atasan dapat menguraikan masalah aku ini itupun jika benar mereka memegang slogan YAB PM "Rakyat Di Dahulukan,Pencapaian di Utamakan".

Apa guna aku bekerja disini lagi jika prestasi kerja aku semakin tidak menentu, ramai rakan2 seperjuangan beri pandangan suruh isteri aku berhenti kerja jadi suri rumah sepenuh masa..tapi aku cabar dia orang..kalo dia orang boleh bagi aku RM 3,000.00 setiap bulan pada aku, aku akan suruh isteri aku berhenti kerja.. dan jadi suri rumah sepenuh masa..korang ingat dengan gaji aku yg RM 2k tu cukup utk menampung keluarga ke banyak benda yg nak kena aku tanggung beb..kalo korang pendapatan RM2K sebulan utk sara keluarga cukup ke??

oleh sebab itu aku & isteri nekad sama2 bekerja walaupun terpaksa berjauhan..tapi apa yg sangat aku mengharapkan adalah ehsan dari pihak atasan untuk meluluskan permohonan aku kembali bertugas di Ibu Pejabat..pada aku Isteri adalah tulang belakang kepada seorang suami..dan aku sangat kesal di saat dan ketika ini aku masih tidak mampu menjadi seorang suami sempurna kepada seorang isteri.

K..lah akupun xnak panjang2kan kesedihan aku..cuma aku nak bagitau kepada kengkawan yg belum melawat AK Hidayat (salah seorang NGO Kebudayaan Negeri Pahang) pergilah melawat beliau yang sudah hampir 2 minggu terlantar di hospital akibat dilanggar mat rempit yg berhati busuk..kerana langgar lari..Kami rakan2 lain yg telah melawat beliau dan kami amat simpati dengan kejadian yg menimpa ke atas diri beliau, kami disini sentiasa mendoakan beliau cepat sembuh dan akan kembali memeriahkan Seni Budaya di Negeri Pahang dengan karya2 hebat beliau...Insay Allah..bak kata orang-orang tua 'Kita Merancang Tuhan Yang Menetukan'

Aku Percaya Dengan Qhado dan Qhadar dari-Nya
Segala Yang Terjadi Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya

Hadapilah Dengan Senyuman - Dewa 19



Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Thursday, February 11, 2010

Konsert Simfoni Akustika 1 Malaysia 2009 @ TC Pahang










Untuk makluman geng semua Konsert Simfoni Akustika 1 Malaysia adalah salah Program Penutupan Pusat Seni Setempat 2009 Negeri Pahang. Walaupun konsert ini x segah mana tapi sangat puas hati dengan komitmen yg diberikan oleh semua pihak yang terlibat dengan konsert ini...terutama sekali aku ucapkan terima kasih pada Pengarah JKKN Pahang (bos aku)Encik Mohd Sukarno bin Abdul Wahab yang memberi kepercayaan kepada aku & geng untuk handle this program..





Terima kasih 1 : Kepada geng JKKN Pahang (Mat Shah,Epol,Abg Mie,Umi,Pinah,Nazim,Funny, Adda, Elly, En.Lok,Kak Ros,Acik,Aikin,CC dan lain2) x lupa gak The Best Stage Manager & Control Versi Man In The All Program 2009 Encik Nor Azman...dlm banyak2 SM yg penah aku berkerjasama pada aku En Nor Azman adalah salah seorang SM yang paling tegas, bertanggungjawab, dan berdedikasi wah...sebab tu aku x heran kalo dia dapat AKC-Anugerah khidmat Cemerlang, sebab beliau satu2 nya Pemandu JKKN di Malaysia yang serba boleh dlm semua bidang dari memandu kenderaan, pengurus pentas hinggalah kepada mengusahakan burung walid ops..terlebih sudah (man jgn lupe belanja aku makan huhu..)..





Terima Kasih 2 : Kepada D'Awan Musician & team...korang memang best gile..sepanjang 3 tahun berkhidmat di JKKN Pahang aku rasa group koranglah paling sempoi dan mudah aku berkerja terutama skali buat (Norul/Yoo,Wan Jembi,Bob dan lain2) Insya Allah kalo ada peluang lagi Tahun ni kita akan rancang satu lagi Konsert pada kali ini idea aku untuk highlightkan Gamelan sebagai Muzik Utama bagi konsert tersebut..Ilham ni dtgpun dari bos..aku just kembangkan lagi...huhu...ape2pun nati kita dok meja bulat key..utk bincangkan hal ni...





Aku x kaya..aku x punya wang berjuta..utk aku realisasikan tanda terima kasih aku pada korang..apa yg dapat aku sumbangkan adalah mendoakan korang semua sentiasa success selalu..utk lebih maju kehadapan bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia yg di inspirasikan YAB Dato' seri Najib..huhuhu..(poyolah plak)..secara ringkasnya korang Memang Bestlah...

Akhir kata korang tataplah sepuas-puasnya Video yang telah aku upload semoga video2 ini menjadi memori tanda perjuangan kita Di Suatu Ketika Itu..dan aku sangat merindui Di Saat Ketika Itu mungkin Di Suatu Ketika Nanti. So Korang layanlah..kalo korang rindu aku buka selalu blog aku k.tq..Adios Amigos..

Wednesday, February 10, 2010

Jangan Ada Benci



Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku


*Inilah satu2nya lagu yg sentiasa mengingatkan aku kat geng2 sekolah dulu..kalo kengkawan best2 friends aku ingat lagi lagu ini..ketahuilah 'Dan Sebenarnya' Aku merindui korang 'Saat Di Suatu Ketika Itu'...

Poning Kepalo Den...



Hui..boleh tahan pening kepala hotak aku dibuatnya..rupanya bukan mudah yg disangkakan utk bina sesebuah blog yang hebat..tadi aku baru je lepas study sikit2 bab berkaitan NUFFNANG..sebelum terlajak lebih jauh aku ucapkan jutaan terima kasih pada sepupu aku Mohd Asri Raoff yang suruh aku berdaftar ngan NUFFNANG..

NUFFNANG ni bukanlah satu menantang atau benda makan..NUFFNANG adalah sebuah web dimana blogger2 akan mendaftar NUFFNANG bagi mendapatkan side income (money..money..money) iaitu dengan cara NUFFNANG akan memilih blog2 yg popular dan terpilih, mereka akan masukkan iklan2 yg sesuai ke dlm blog kita, sekiranya iklan-iklan tersebut dikunjungi oleh pelawat2 blog kita maka NUFFANG akan membayar kepada pemilik blog dengan suatu kadar dan syarat-syarat yang telah ditetapkan..

So salah satu objektif/motif/sebab aku buat blog ini pun utk ke arah itu (buat business/promo business dengan cara ini..so kengkawan yg dah lawati blog aku..bagilah sikit idea untuk aku mantapkan lagi blog aku k...hui..lotih gak wat menatang ni huhuhu..kengkawan yg baru bercita nak wat blog & buat money..money..money..inilah laman webnya http://www.nuffnang.com.my/ 10/02/2010-5.20pm

Tuesday, February 9, 2010

Pagi Yang Tenang....

Masih lagi tengah study, tengah explore skil2 membina pengisian blog yang cantik menarik dan tertarik..tengah busy2 ni teringat pula kat my great wife & my great son.. kat KL..semalam wife aku call bgtau my great son (Muhammad Nur Irsyad) demam..aku nak balik KL tapi My Great Wife bgtau xyah balik lagi, cause demam dia x berapa teruk..pagi ni baru nak bawa gi klinik..semalam hujan lebat xleh nak kuar..harap2 hari ini My Great Son sihat dan happy cam selalu..apa pun sebagai The Great Father huhu..aku risau gile bile bab2 anak bini aku x sihat..



untuk melepaskan rindu aku kat dia org video ni sajalah yg menjadi tatapan aku setiap kali rindu menjengah...huhuhu..sedih beb..korang x akan dapat rasa mcm ne aku rasa..selagi korang x berhadapan masalah seperti aku..yg terpaksa berjauhan ngan anak dan bini..-10/02/2010-12.15pm

Assalamualaikum.....

Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi akhirnya..dapat gak aku open blog aku sendiri hampir berabad lamanya mencipta keinginan dan impian utk sebuah blog 'Semua Tentang Kita'.



Terciptanya'Imluvira-Satu-Impian-Kesetiaan-Keindahan' sebuah lagi luahan rasa keinginan yang x dapat aku tafsirkan dengan akal fikiran..kerana hadir nya rasa ini dengan Izin-Nya ,hingga tercetus sebuah nukilan hati yang ilham itu juga dtg dengan Izin-Nya..untuk dikongsikan perjalanan hidup aku sebagai seorang khalifah (hamba-Nya) yang bergelar manusia utk bersama-sama kita menikmati...segala keindahan rasa yg mungkin aku ada yang insan lain tiada..dan mungkin..aku tiada yang insan lain ada.. -09/02/2010-8.54pm


E-Dymium

Alhamdulilah ramai sudah berjaya dengan program E-Dymium anda bila lagi hanya RM 425.00 anda akan dapat sutas rantai Dymium berharga RM 275.00 serta merta selepas bertaftar dan pulangan RM 23,000.00 dlm tempoh setahun tanpa berbuat apa2,Amat selamat dan ada pelangan

Sangat Mudah,Adil,dan saya sudah mendapat segala Keperluan yang diiginkan

Berumur 27 tahun
-Sudah mendapat Wang 7 angka tanpa berbuat apa2?
Mustahil? TIDAK ada yang Mustahil dengan DYMIUM

Kelebihan
-Tidak Mewajibkan Mencari Ahli untuk mendapat Pulangan
(23,000.00)Setahun dan secara berperingkat.
-Tetapi Jika Mencari Pelanggan Pulangan juga berlebihan (pilihan di tangan anda)



Dijamin selamat dengan adanya

-Syarikat Berdaftar di Sektor Kerajaan
( Akta Jualan Lansung 1993 )
-Laman Web Yang Sah
Click!!