Pages

Thursday, November 17, 2011

UJI BAKAT RAJA LAWAK MUSIM KE 6





Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah Subhana Wata'Alla pada hari ini ia telah memberi kekuatan dan semangat utk aku mencoretkan sesuatu setelah sekian lama aku menyepi di dalam dunia blog aku huhuhu.....apa yg nak aku berkongsi bersama rakan-rakan blog aku iaitu Uji Bakat Raja Lawak Musim ke 6. Pada minggu lepas aku bersama rakan baik ku Yoep (Mozaid Idris a.k.a Mozaid Momo) telah menyertai Uji Bakat Raja Lawak Musim Ke 6.

Lawakkan......ke overrrr...huhuhu


Alhamdulilah berkat latihan+cari idea selama hampir 2 minggu (tapi tidaklah tiap-tiap hari) + menunggu borang + menunggu giliran hampir 7 jam, Alhamdulilah kami telah terpilih sebagai salah satu kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya...namun begitu kami dalam kedudukan KIV kerana markah2 peserta2 yg telah terpilih ke peringkat seterusnya akan dikira dan ditimbal balik dan Panel Juri akan hanya memilih 25 kumpulan sahaja ke Peringkat Prelude. Namun begitu kumpulan kami tetap mempunyai harapan dan impian yang menggunung agar kumpulan kami layak untuk peringkat Prelude. Kami sangat teruja & moral semangat juang kami bertambah tinggi apabila Mr. David Teo, Mr.Sathia (Baby Face), Puan Shiela Rusly & Bob Azrai memuji & memilih kumpulan (Kum.Tut.. @ 5075) kami untuk keperingkat seterusnya. Kami berjanji sekira kami terpilah untuk ke peringkat Prelude kami janji akan membuat persembahan yang lebih baik&terbaik sekiranya kami layak ke peringkat Prelude.

Mr. David Teo, Mr.Sathia (Baby Face), Puan Shiela Rusly & Bob Azrai

Aksi seorang Pendekar yang overrr......

Aku juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Brother Yoep yang dari awal lagi pujuk dan beri semangat kepada aku untuk masuk Uji Bakat Raja Lawak kali ini. Sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan dunia seni lakonan kini tiba masanya untuk aku mengasah semula bakat2 aku yg mana ada ini untuk aku terus berkarya dalam arena ini. Sekali lagi terima kasih kepada Yoep yang sanggup datang ke rumah aku mencari& memecah idea yang kadang2 aku pun hilang punca untuk mencari idea2 yg bernas...thanks brooo....

Insya Allah kami redha dengan apa jua keputusan juri untuk ke Peringkat Prelude..kami kini sudahpun bersedia dengan Lawak Sebabak kami yang baru untuk ke Peringkat Prelude. Tapi sekiranya kami tak tersenarai ke Peringkat Prelude maybe Lawak Sebabak ni kami buat showkat rumah je kot buat show depan anak bini aku hehehehhehe.....Oh ya erima kasih gak kepada Isteri Ku Tersayang yang sentiasa memberi sokongan pada Kumpulan kami dari belakang depan tepi kiri kanan atas bawah..beliaulah yg selalunmenyediakan makan minum dan pandangan ikhlas bila kami berlatih. Terima Kasih juga kepada Anak Sulung Ayah yang tercinta Muhammad Nur Irsyad yang gelak tak henti-henti bila tengok ayahnya beraksi. Terima Kasih gak kepada Anak Ayah yang Bongsu Nur Rijhal Hakimi yang sering buat hal nak dukunglah nak bermanjalah sewaktu ayahnya sedang wat latihan...hahahahaha...(ayat-ayat aku nie dah macam Juara Raja Lawak Musim ke 6 plak kahkahakahaklaha) kawan-kawan atau lawan jangan bengang/terasa hati dengan kenyataan aku nie k....hehehehe...


Isteri & Anak-Anak Ku Yang tersayang


Ok aku rasa setakat ini apa-apaun sekiranya Allah Subhana Wata'Alla membuka pintu rezeki memberi ruang dan peluang kepada kami untuk berjaya ke Peringkat Prelude dan seterusnya terpilih sebagai 10/12 peserta Raja Lawak Musim ke 6, aku harap sedara-maraku, rakan-rakanku, jiran-jiranku...bantulah Kumpulan Kami kalau tak dapat vote sms, doakan kejayaan kamipun sudah cukup bagi kami...Insya Allah....semoga kejayaan akan menjadi milik kami.....Amin...so bersama-sama ini aku sertakan sedikit sedutan aksi-aksi kami bersama-sama peserta uji bakat yang lain...yang telah disediakan oleh:

http://metrowealthpictures.net/2011/11/13/telatah-peserta-peserta-ujibakat-raja-lawak-6/


Dapat ke tak dapat ni Yoep...haddoiii...Tut...


thanks Mr David Teo & Metrowealth Online Team yg telah merakam aksi-aksi kami sewaktu uji bakat berlangsung.

Saturday, July 30, 2011

Motor Rosak & Insan Berhati Mulia


Pada Jumaat, 29 Julai 2011 hujan renyai2..cuaca mendung..dan keadaan sangat sejuk sekali hingga menusuk ke tulang sumsum huhu..yg pasti bukan aku nak cerita pasal cuaca hari tu. tapi apa yg aku nak ceritakan ialah perjalanan aku nak ke pejabat... sewaktu perjalanan aku ke pejabat melalui Higway MEX dgn motor Yamaha Lagenda 110 aku yg comel tu tiba2 saja motor aku rosak di tengah jalan..motor aku mati tetiba..minyak masih ada tapi x leh start..30-40 kali aku try star still x bole gak..aku agak panic tapi aku tetap cntrol macho... yg lebih mebingungkan aku..laluan MEX memang x ada workshop..kalo nak cari workshoppun aku kena kuar dari highway tersebut..yg pasti kalo aku nak kuar dari highway tu aku kena tolak motor aku sejauh 30-35 km lagi ohhh tidakk....

Dalam situasi yg sangat mencelarukan itu lidah aku x berhenti2 membaca surah2 lazim yg biasa aku baca (Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nass, Al-Alaq,Al-Dhuha) dengan izin dan bantuan Allah jua seorang Hamba Allah (Mamat) datang membantu walhal dia sudah pun terlajak lebih kurang 100 meter dari jarak aku memberhentikan motor. mamat tu maklumkan yg beliau baru abis kerja dan tempat kerjanya di Cyberjaya beliau lalu MEX sebab rumah beliau di Ampang. Mungkin sudah tertulis di azali lagi Mamat yg selalu membawa kereta ke tempat kerja tiba2 hari tersebut beliau terpaksa membawa motor kerana bagi mengelakkan jem di MEX pada 28 hb Julai 2011 kerana MEX adalah salah satu laluan orang ramai hendak ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 diantara Malaysia & Singapura.

Sesudah aku start berkali2 Mamat mengatakan motor aku seakan ada masalah di Kaberator. Pada asalnya aku hendak telefon isteri aku/rakan2 aku dipejabat utk bantu aku..tapi Mamat maklumkan dia sedia membantu tolak motor aku hingga ke workshop. Sebenarnya aku sendiri x tahu workshop terdekat, tapi Mamat bagitau workshop terdekat ialah di Jalan Pasar (Keluar dari Highway MEX melalui Bulatan Kg Pandan..Jauh gile beb)..mamatpun mula tolak motor aku..hinggalah ke Workshop Yamaha Jalan Pasar. Aku bersyukur sangat dgn Allah SWT sampai gak aku di Workshop Motor dgn dbantu oleh seorang Mamat yg berhati mulia.

Lebih mengharukan aku apabila aku menghulurkan duit bagi membalas jasa Mamat menolak motor aku yg berat lagi jauh tu...dia langsung x nak ambil..aku cuba masukkan duit dlm kocek baju dia..tapi dia mentah2 menolaknya..aku betul2 rasa segan sebab Mamat betul2 ikhlas bantu aku..Alhamdulilah rupanya masih ada lagi Insan yg berhati mulia di muka bumi ini..(sebelum ni aku pernah motor rosak di Highway Persekutuan S.Alam-KL ada 2 org mamat bantu aku tapi malangnya kedua2 mamt tersebut mencuri Handphone aku...kalo aku nak cerita panjang citenya..lainkalilah aku cerita k.pasal pengalaman hitam aku tu)..

Lebih mengharukan..Mamat sedia bantu aku lagi kalo motor aku benar2 problem..Benar kata Mamat memang Kaberator motor aku problem..Alhamdulilah skang motor aku dah ok..Jasa mamat yg bantu aku tu hanya Tuhan Saja yg dapat membalas segala jasa & pengorbanannya....Esok Ramadhan akan tiba..semoga Ramadhan kali ini akan membawa kita seribu keinsafan dan hati kita akan sentiasa mengingati-Nya Insya AllaH.....

Oh ya mamat yg berhati mulia yg akau ceritakan tadi nama sebenar beliau ialah Amri Petrucci..thanks bro...........

*Malam ni mula Terwaih...Semoga Allah memberi kekuatan utk aku sempurnakan Terawaih Penuh pada tahun nie, Amin...

Monday, July 25, 2011

What's Your Story? 2 : A&W

BRINGING MALAYSIANS TOGETHER...The A&W What's Your Story? 2 Contest finale saw finalists from various states across Malaysia gather to share their cravings for Malaysia's pioneer fast food restaurant. (From left, top row: Nor Azilah binti Maarof, Ruhanizza binti Badrul Zaman, Zainazad Binti Omar Khan, Tishondra Puspanathan and Norshalinda Bt. Saiful Bahry.) (From left, bottom row: Alan Ch’ng Swee Hock, Nur Ibrahim Bin Sabri, Shafiq bin Mansor, Muhamad Taufiq bin Mohd Salleh, Noor Ahmad Mujahid bin Jamian, Muhammad Hadi Deen Bin Azizan, Leong Shang Ming, Mohanizam B Mohamed Ali and Mohammed Hariz bin Mohammed Shazalli.)

Pada 23 Julai 2011 (Sabtu) yang lalu jam 9.00pagi lagi aku dah terpacak di ruang legar shoping complex e@curve...utk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah What's Your Story?2 : A&W. Dengan semnagat yang besar dan jiwa yang berkobar2 aku mengharapkan video lakonan aku hasil idea kreatif dari Ismarizal Zulamran mendapat sekurang-kurangnya top3 atau top 5. Ini kerana di atas penilaian aku sendiri yang mailhat kesungguhan Isma dan rakan2 lain (Ulik,Zul,Emma,Awan,ghadafi & lain2) yng bertungkus lumus membantu menjayakan klip video tersebut.

"Langit Tidak Selalunya Cerah" walaupun video kami mendapat komen positif yg sangat membina dari panel juri serta kata2 yang sangat meyakinkan, itu bukanlah penanda kepada Video kami akan mendapat kejayaan yang besar. Kata2 & pujian dari panael juri hanya sebagai "Angin Sejuk" yang yang lalu seketika menyegarkan tubuh & berlalu pergi begitu sahaja (falsafah gila ayat aku).

Itulah Qada & Qadar dari yg Esa yg pastinya setiap apa yang berlaku kita perlu laluinya dengan redha dan penuh rasa kesyukuran, mungkin ada hikmah sebaliknya (adalah lebih baik kekalahan dari memeberi kemenangan) atas keyakinan itu aku & rakan2 pasrah dan bersyukur diatas apa jua keputusan yg telah kami terima.

Namun begitu aku & rakan tetap berasa bangga dengan usaha pertama kami ini. walau pertama kali masuk pertandingan video seperti ini kami sudah berjaya melangkah hingga ke final. bukan sesuatu yg mudah utk sampai ke peringkat akhir mana tidaknya berpulu-puluh video A&W telah terima dari peserta2 yg hebat & berbakat., tapi dari berpuluh-puluh itu video kami antara 10 yg terbaik dipilih ke peringkat akhir (ayat memujuk diri hehehe).


Walau apapun aku & rakan2 tidak akan terus berputus asa selagi ada peluang dan semnagat kami akan teruskan berjuang untuk lebih kreatif lagi mencari idea bagi menghasilkan sebuah video yg bermutu lagi TerbaiKkkKKk.........Insya Allah...Aku rasa setakat ini coretan aku buat kali ini Insya Allah next time, next day akan aku coretkan lagi kisah-kisah yang dilalui......addeiii...



Bersama Isteri & anak-anak yg turut memberi sokongan....thanks my dear..

Anak aku yg happy gile main ngan Bear A&W huhuhu


*Skang aku busy ngan Persiapan Program Kibar jalur Gemilang di KL Sentral yg akan dirasmikan oleh YB Perdana Menteri pada 27 Julai 2011 (Rabu) jam 3.00ptg so dtglah beramai2 kibarkanlah jalur gemilang buktikan semnagat patriotik anda dan semnagat cintkan kepada tanah air anda Insya Allah sampai berjumpa lagi...adioss amigoss..... Wassalam....

Sunday, July 17, 2011

NAMA-NAMA ALLAH & KELEBIHANYA


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman – Maha Pemurah
3. Ar-Rahim – Maha Penyayang
4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus – Maha Suci
6. As-Salam – Maha Penyelamat
7. Al-Mu’min – Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz – Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir – Maha Besar
12. Al-Khaliq – Maha Pencipta
13. Al-Bari’ – Maha Perancang
14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun
16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab – Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah – Maha Pembuka
20. Al-^Alim – Maha Mengetahui
21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit – Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid – Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ – Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil – Maha Merendahkan
27. As-Sami^ – Maha Mendengar
28. Al-Basir – Maha Melihat
29. Al-Hakam – Maha Menghukum
30. Al-^Adl – Maha Adil
31. Al-Latif – Maha Halusi
32. Al-Khabir – Maha Waspada
33. Al-Halim – Maha Penyantun
34. Al-^Azim – Maha Agong
35. Al-Ghafur – Maha Pengampun
36. Ash-Shakur – Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir – Maha Besar
39. Al-Hafiz – Maha Pelindung
40. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib – Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil – Maha Luhur
43. Al-Karim – Maha Mulia
44. Ar-Raqib – Maha Pengawas
45. Al-Mujib – Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ – Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim – Maha Bijaksana
48. Al-Wadud – Maha Pencinta
49. Al-Majid – Maha Mulia
50. Al-Ba^ith – Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq – Maha Benar
53. Al-Wakil – Maha Berserah
54. Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy – Maha Melinuingi
57. Al-Hamid – Maha Terpuji
58. Al-Muhsi – Maha Menghitung
59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id – Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit – Maha Mematikan
63. Al-Hayy – Maha Hidup
64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid – Maha Menemukan
66. Al-Majid – Maha Mulia
67. Al-Wahid – Maha Esa
68. As-Samad – Maha Diminta
69. Al-Qadir – Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan
72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan
73. Al-’Awwal – Maha Pemulaan
74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan
75. Az-Zahir – Maha Menyatakan
76. Al-Batin – Maha Tersembunyi
77. Al-Wali – Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali – Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww – Maha Pemaaf
83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit – Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ – Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni – Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ – Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ – Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ – Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi – Maha Kekal
97. Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur – Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..

45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..

60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Wednesday, June 29, 2011

ZIKIR HARIAN

Koleksi Zikir & Doa Taubat anda boleh layari web site dibawah semoga kita bersama mendapat Rahmat darinya Insya Allah...
http://tazkirah.eimsnetwork.com/20081227/zikir-munajat-doa-taubat/


Alhamdulilah sempena bulan Rejab yang barakah ini dan Sya'aban yang bakal menanti dan Ramadhan yang mulia bakal menjelma...marilah sama-sama kita berkongsi Zikir Harian untuk kita sama-sama menjadikan ia sebagai salah satu makanan rohani untuk kita praktikan setiap hari..supaya hari-hari, masa demi masa, detik tiap detik yang kita lalui...hati dan bibir kita sentiasa menyebut dan mengingati Allah Subhana Wata'ala. Saya berpesan kepada kepada diri saya dan rakan2 yang membaca..kalau kita sentiasa mengingati Allah..Allah akan sentiasa mengingati kita...kalau kita sentiasa menjaga segala perintah Allah..Allah akan sentiasa menjaga kita..Insya Allah..

Setiap hari kita dalam sedar atau tidak, sengaja atau tidak kita sentiasa melakukan dosa. Semoga dengan zikir-zikir ini dengan izin-Nya dapat kita menghilangkan segala dosa-dosa dan cela-cela yang baru atau telah lama bertapak di dalam hati kita...

____________________________________________________________________

Zikir Selepas Fardhu Subuh

- Ar-Rahiim
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.

- Ya-‘Aziz
(Berzikir 40X Setiap hari selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.

- Al-Fattaah
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.

- Ya-Majiid
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.

- Ya-Hamiid
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.

- Ya-Hamiid
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.

Selepas Fardhu Zohor

- Ya-Samii’
(Membaca 100X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.

Selepas Fardhu Maghrib

- AR-RAAFI’
(Berzikir 100X atau 40X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.

- Ya-Mu’izz
(Menyebut 140X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.

- Ya-Hamiid
(Berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya.


Selepas Fardhu Isyak

- AR-RAAFI’
(Berzikir 100X atau 40X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.

- Ya-Mu’izz
(Menyebut 140X) Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.

- Ya-Aakhir
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.

- Ya-Rasyiid
(Berzikir 100X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah segala amalannya di terima.


Selepas Fardhu Jumaat

- Ya-Allah-Ya-Haiyu
(Berzikir 100X sebelum solat Jumaat)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.

- Ya-Dzaahir
(Membaca 15X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.

Selepas Solat lima waktu

- Ya-Allah
(Berzikir 66X setiap 66 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah” 66 kali selama 66hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.

- Ya-Rahmaan
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Rahmaan” 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai.

- Ya-Rahmaan
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan” 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.

- Ya-‘Aliim
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aliim” 100 kali setiap lepas solat fardhu lima waktu, insyallah dia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf ( ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di perlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasyi yang bernama Asyahamah. Nabi (s.a.w.) pun solat ghaib ke atas raja itu ) dan memperoleh iman yang sempurna.

- Ya-‘Adl
(Berzikir 104X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Adl” 104 kali setiap lepas solat, insyallah dirinya masyhur banyak keadilan di lakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya.

- Ya-Haliim
(Berzikir 88X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Haliim” 88 kali tiap-tiap lepas solat, insyallah pangkat atau kedudukannya berkekalan.

- Ya-Hamiid
(berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 100 kali setiap kali lepas solat fadhu lima waktu, insyallah dirinya menjadi orang yang soleh.

- AR-RAHIIM
Barang siapa berzikir “Ya-Rahiim” 100 kali tiap-tiap hari, insyallah lembut hatinya dan kasih sayang kepada makhluk.

- AL-MALIK
Barang siapa berzikir “Ya-Malik” 121 kali setiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari, insyallah di bukakan pintu rezeki luas untuknya.

- AL-QUDDUS
Barang siapa berzikir “Ya-Quddus” 100 kali setiap hari, dirinya terlepas daripada segala kebimbangan dan kecemasan.

- AS-SALAAM
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Yaa-Salaam” 160 kali di tujukan kepada orang yang sedang sakit maka insyallah dapat menolong pesakit itu sembuh.
Barang siapa membaca “Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrah-matullah hiwabarakatuh” 100 kali setiap hari, insyallah dirinya mudah menghadapi sakratulmaut (kesukaran mengahadapi ajal yang akan berpisah dari badan) dan mudah pula baginya melakukan segala pekerjaan.
Barang siapa membaca “Salaamun Kau Lamin-Rabbir-Rahim” 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.

- AL-MUKMIN
Barang siapa mengulangi menyebut “Ya-Mukmin” insyallah dirinya terselamat daripada sebarang bencana.
Barang siapa berzikir “Ya-Mukmin” insyallah bertambah-tambah imannya.

- AL-JABBAAR
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Jabbaar”, insyallah dirinya terpelihara daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselemat daripada kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.

- AL-MUTAKABBIR
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Mutakabbir” sebelum menyetubuhi isterinya, insyallah dirinya di kurniakan anak yang sihat dan soleh.

- AL-BAARI
Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ ” 100 kali siang dan malam, selama tujuh hari berturut-turut, insyallah dirinya selamat daripada kebinasaan dan dia tidak berasa takut ketika dalam kuburnya kelak.
Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ “ 100 kali pada setiap malam hari selama tujuh malam berturut-turut, insyallah sembuh segala penyakit di hidapinya.

- AL-GHAFFAAR
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Ghaffaar” akan di ampuni Allah SWT segala dosanya.
Barang siapa inginkan kemewahan harta, anak dan di beri rezeki yang berkat, maka hendaklah di lazimkan membaca “Astaghfirullah Innahu Kana Ghaffaaran” sebanyak 70 kali setiap hari, insyallah di kabulkan segala keinginannya”.

- AL-WAHHAAB
Barang siapa yang menyebut berulangan “Ya-Wahhaab” sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah, permohonannya dimakbulkan.

- AR-RAZZAAQ
Barang siapa berzikir “Ya-Razzaaq” 20 kali selama 20hari berturut-turut, di lakukan pada awal pagi sebelum makan dan minum, insyallah dia di beri kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara (ilmu).
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Razzaaq” maka Allah akan membantu usahanya agar berjalan lancar.

- AL-‘ALIIM
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-‘Aliim”, insyallah hatinya akan di sinari cahaya nur yang suci.

- AL-QAABIDH
Barang siapa berzikir “Ya-Qaabidh” 100 kali setiap malam Jumaat, insyallah bertambah hampir hatinya kepada Allah.

- AL-BAASIT
Barang siapa menyebut “Ya-Baasit” 10 kali pada waktu fajar dengan menadah tangan, kemudian menyapu ke mukanya maka dia dapat berdikari ( tanpa bergantung kepada orang lain ).

- AR-RAAFI’
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ “ 70 kali setiap hari atau malam, insyallah dirinya terselamat daripada orang zalim dan pencuri.

- AL-MUDZILL
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mudzill” 75 kali, insyallah dirinya di jauhkan daripada bencana dan orang yang ingin membinasakannya.

- AL-‘AZIIM
Barang siapa yang membaca berulang kali, insyallah dirinya di muliakan.

- AL-GHAFUUR
Barang siapa yang menghidap pening kepala, demam dan berputus asa lalu di baca berulang kali “Ya-Ghafuur” insyallah sembuh penyakitnya.
Barang siapa yang mengamalkan sebanyak mungkin setiap hari, insyallah doa dan permohonannya di kabulkan.

- AS-SYAKUUR
Barang siapa yang menghidap sesak nafas, lelah (penat) badan atau daif matanya lalu menulis “Ya-Syakuur” 40 kali dan di hapuskan dengan air lalu di sapukan ke badan atau matanya dan juga di minum, insyallah dia mendapat berkat daripadanya.
Barang siapa yang susah hati lalu membaca “Ya-Syakuur” 41 kali dan menghembuskan nafas ke dalam segelas air kemudian membasuh mukanya dengan air itu, insyallah hatinya akan terang dan dia akan dapat menguasai dirinya.

- AL-KABIIR
Barang siapa yang membaca “Ya-Khabiir” 100 kali setiap hari, insyallah akan beroleh penghormatan.

- AL-HAFIIZ
Barang siapa yang membaca “Ya-Hafiiz” 16 kali setiap hari akan di jauhi Allah daripada sebarang kecelakaan. Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di hutan belantara bacalah “Ya-Hafiiz” 99 kali, dirinya selamat daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah SWT.

- AL-MUQIIT
Barang siapa yang membaca “Ya-Muqiit” berulang kali dalam segelas air lalu di beri minum kepada anak yang nakal, insyallah perangai anak itu akan bertukar baik.

- AL-HASIIB
Barang siapa berzikir (mulai hari Khamis) “Ya-Hasiib” 77 kali selama tujuh hari dan pada awal pagi sebelum terbit matahari dan selepas waktu maghrib, insyallah dirinya di amankan daripada segala yang di takutinya.

- AL-KARIIM
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Kariim”, insyallah dia mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.

- AR-RAQIIB
Barang siapa yang membaca “Ya-Raqiib” 7 kali, keluarga dan harta bendanya akan di jaga oleh Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Raqiib” 50 kali dengan niat meminta di pelihara daripada kejahatan yang tersembunyi, insyallah dirinya terpelihara.
Barang siapa takut isterinya keguguran maka bacalah “Ya-Raqiib” 7 kali insyallah janin (bayi) di dalam kandungan itu tiada gugur.

- AL-MUJIIB
Barang siapa yang membaca “Ya-Mujiib” berulang kali dan memohon sesuatu daripadanya, nescaya akan di terima Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Mujiib” 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyallah di kabulkan doanya.

- AL-HAKIIM
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hakiim” tanpa henti-henti dari semasa ke semasa, insyallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.

- AL-MAJIID
Barang siapa yang menyebut “Ya-Majiid” berulang kali, Allah akan menerangi jiwanya.

- AL-BAA’ITS
Barang siapa yang membaca “Ya-Baa’its” berulang kali, nescaya dirinya berasa takut kepada kekuasaan Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Baa’its” 100 kali ketika hendak tidur lalu melekapkan tangan di atas dadanya insyallah di terangkan hatinya dan di beri ilmu dan hikmat.

- AS-SYAHIID
Barang siapa mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapa, apabila membaca “Ya-Syahiid” berulang kali kepada anaknya, insyallah anak itu akan menurut perintah.

- AL-HAQQ
Barang siapa yang hilang sesuatu lalu menyebut “Ya-Haqq” berulang kali, insyallah akan di temui semula barangnya yang hilang itu.
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Haqq” pada tiap-tiap malam insyallah di tetapkan hatinya berbuat taat.

- AL-WAKIIL
Barang siapa takut angin kencang (ribut), petir dan seumpamanya, amalkan membaca “Ya-Wakiil” sebanyak mungkin, insyallah dirinya terhindar daripada bahaya tersebut.
Barang siapa berzikir “Ya-Wakiil” 66 kali hingga 1000 kali pada setiap hari atau malam, insyallah di bukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.

- AL-MATIIN
Barang siapa berzikir “Ya-Matiin” 10 kali keatas anak-anak kecil lelaki atau perempuan, insyallah mereka terpelihara daripada kejahatan zina.
Barang siapa yang menghadapi kesusahan lalu menyebut “Ya-Matiin” berulang kali, insyallah kesusahan yang di alaminya itu akan terhapus.

- AL-WALIY
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Waliy”, insyallah dirinya berkemungkinan menjadi waliyyullah (orang yang menjadi kekasih Allah).

- AL-HAMIID
Barang siapa yang menyebut “Ya-Hamiid” berulang kali insyallah dirinya akan di kasihi dan di hormati.

- AL-MUBDI’
Barang siapa yang membaca “ Ya-Mubdi’ ” sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan mengandung yang takutkan keguguran, insyallah dia akan terhindar daripada bahaya tersebut.
Barang siapa membanyakkan berzikir “ Ya-Mubdi’ ” setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyallah hartanya di banyakkan dengan tiada terkira jumlahnya.

- AL-MU’IID
Barang siapa yang membaca “Ya-Mu’iid” 70 kali di tujukan untuk seorang yang berjauhan dengan keluarganya, insyallah orang itu akan pulang dengan selamat.

- AL-MUHYI
Barang siapa yang menanggung beban yang berat lalu membaca “Ya-Muhyi” 7 kali setiap hari, insyallah bebannya akan di ringankan atau terhapus sama sekali.

- AL-HAYY
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hayy”, insyallah di panjangkan umurnya.
Barang siapa memperbanyakkan zikir “Ya-Hayy”, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehinggakan si pengamalnya selamat daripada sifat munafik, syirik, dengki, bongkak, dendam dan lain-lain sifat seumpamanya.

- AL-QAYYUUM
Barang siapa yang membaca “Ya-Qayyuum” berulang kali, insyallah dirinya tidak akan menjadi lalai.
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Qayyuum”, insyallah di hilangkan daripadanya tabiat tidur yang keterlaluan atau lalai.

- AL-WAAHID
Barang siapa yang membaca “Ya-Waahid” berulang kali ketika keseorangan dan di tempat yang sunyi, insyallah dirinya terselamat daripada perasaan takut dan khayalan.

- AS-SAMAD
Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 125 kali waktu sahur, insyallah zahir kebenaran pada hatinya.
Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan.
Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyallah barang yang hilang itu akan di perolehi kembali.

- AL-QAADIR
Barang siapa yang lazim membaca “Ya-Qaadir” berulang kali, insyallah semua permintaannya akan di terima Allah.

- AL-MUQTADIR
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Muqtadir” 100 kali setiap ketika bangun tidur, insyallah dirinya dalam inayah dan petunjuk Allah Taala SWT.

- AL-MUAKHKHIR
Barang siapa membaca “Al-Muakhkhir” 100 kali dalam hatinya setiap hari, dirinya hanya menaruh cinta kepada Allah. Dia tidak akan di ganggu oleh perasaan yang lain.

- AL-AWWAL
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Awwal” ketika memulai tiap-tiap pekerjaan, insyallah pekerjaan yang di lakukannya mencapai kesempurnaan.

- AL-AAKHIR
Barang siapa membaca “Ya-Aakhir” berulang kali, insyallah dirinya akan memperoleh kehidupan yang baik. Pada akhir penghidupan, dia akan menemui maut dengan keadaan yang baik juga.

- AL-BAATIN
Barang siapa yang membaca “Ya-Baatin” 3 kali setiap hari, insyallah dirinya akan dapat melihat kebenaran sesuatu perkara.
Barang siapa berzikir “Ya-Baatin” 33 kali tiap-tiap hari, insyallah dirinya di jadikan daripada golongan ahli yakin.

- AL-WAALI
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Waali” ketika takut bahaya atau petir, insyallah dirinya berasa aman.

- AL-BARR
Barang siapa yang membaca “Ya-Barr” berulang kali kepada anaknya, insyallah dirinya akan terlepas daripada sebarang
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Barr”, insyallah berhasil baginya kebaikan yang besar.

- AT-TAWWAAB
Barang siapa membaca “Ya-Tawwaab” berulang kali, nescaya taubatnya di terima Allah SWT. Sesiapa yang membanyakkan membaca “Ya-Tawwaab”, nescaya di permudahkan baginya jalan kembali yang benar dan di redhai Allah SWT.

- AL-‘AFUWW
Barang siapa yang membaca “Ya-‘Afuww” berulang kali, nescaya semua dosanya di ampunkan oleh Allah SWT.
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-‘Afuww” 156 kali atau lebih tiap-tiap hari siang atau malam, insyallah di bukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.

- MAALIKUL-MULK
Barang siapa membaca “Ya-Maalikul-Mulk” berulang kali, insyallah dirinya akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.

- AR-RAAUUF
Barang siapa berzikir “Ya-Raauuf” 10 kali ketika marah atau di marahi orang ataupun berada di sisi orang marah lalu membaca selawat “Allahumas Sali-aala-Muhammad” 10 kali, insyaAllah di hilangkan perasaan marahnya atau kemarahan orang lain.
Barang siapa yang banyak berzikir “Ya-Raauuff” setiap hari pada waktu siang dan malam, insyallah sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan mereka bersedia memberikan pertolongan. Zikir ini amat berguna bagi semua peringkat masyarakat golongan manusia yang mencari keredaah Allah di muka bumi ini.

- AL-JAAMI’
Barang siapa kehilangan sesuatu, maka hendaklah dia berzikir “ Ya-Jaami’ ” sebanyak-banyaknya, insyallah di kembalikan atau di gantikan sesuatu yang hilang itu dengan segera.
Bagi ibubapa yang kehilangan anak, sama ada lari dari rumah atau merantau tanpa pengetahuannya (ibubapa), jika ibubapa itu membaca “ Ya-Jaami’ ” sebanyak mungkin, nescaya anaknya akan pulang semula ke pangkuannya berkat pertolongan Allah SWT.

- AL-MUGHNI
Barang siapa yang membaca “Ya-Mughni” 10 kali selama 10 kali Jumaat, insyallah dirinya akan beroleh rezeki yang cukup.
Barang siapa berzikir “Ya-Mughni” dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah kian mendalam kasih isterinya.

- AD-DHAAR
Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca “Ya-Dhaar” berulang kali pada malam Jumaat, darjatnya ditinggikan oleh Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Dhaar” 100 kali tiap-tiap malam Jumaat, insyallah dirinya di hampirkan kepada rahmat Allah SWT.

- AL-NAAFI’
Barang siapa membaca “ Ya-Naafi’ ” selama empat hari beberapa banyak yang boleh, insyallah dirinya tidak akan di timpa bencana.
Barang siapa (suami) berzikir “ Ya-Naafi’ ” dalam hati ketika berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah bertambah kasih isterinya dengan mendalam dan di berikan Allah anak yang soleh. Sesiapa yang berdukacita dan di jangkiti penyakit, cubalah amalkan membaca “ Ya-Naafi’ ”, insyallah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.

- AN-NUUR
Barang siapa membaca “Ya-Nuur” berulang kali akan mendapat cahaya Illahi dalam dirinya.
Barang siapa berzikir “Ya-Nuur” tiap-tiap hari, siang atau malam, insyallah di terangkan hati dan anggotanya.

- AL-BAAQI
Barang siapa yang membaca “Ya-Baaqi” 100 kali sebelum matahari terbit, insyallah dirinya terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayat dan akan kekal beroleh keampunan di akhirat kelak.
Barang siapa berzikir “Ya-Baaqi” sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyallah kedudukannya (pangkat) tidak tergugat dan jika dia sebagai usahawan, perniagaannya tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat yang tidak terkira oleh manusia.

- AL-WAARIS
Barang siapa membaca “Ya-Waaris”, insyallah umurnya panjang. Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Waaris” 100 kali sebelum terbit matahari tiap-tiap hari, insyallah tiada sesuatu pun yang dapat memberi mudarat pada jasadnya (anggotanya).

- AS-SABUUR
Barang siapa berzikir “Ya-Sabuur” 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum terbit matahari, insyallah dirinya terhindar daripada bala pada hari itu.

Friday, June 17, 2011

PERPISAHAN & MISTERI : MENGIDAM SESUATU

Bismillahhirahmnirahim.........

Alhamdulilah Jam 4 petang tadi baru saja selesai Majlis Perpisahan dan Terima Kasih kepada Student2 praktikal dari Universiti Malaysia Sabah..selama 6 bulan di JKKN dia orang memang best kepala gile2 gak sempoi...dan mereka ini mudah dan sedia menerima arahan bertugas...kesungguhan mereka membantu program2 JKKN memang Terbaekk...sedihlah kita org lepas nie sebab dia orang dah takda..harap2 student2 praktikal yang baru masuk akan datang sebaik & semantop dia orang............



Sekarang jam 7 petang aku masih di ofis..jam 4.45 petang tadi aku dan team Short Video A&W baru saja selesai upload short video kami yang bertajuk Misteri : Mengidam Sesuatu...kami juga sudah submit video tersebut ke portal website A&W harap2 short video ini terpilih 5 video terbaik...kerana hampir berminggu2 gak kami usahakan utk buat yang terbaik...thanks wat Encik Ismarizal yg offer aku berlakon tak pasal2..disebabkan short video nie..utk compotision so dengan rela hatinya aku bantu dia tuk lepas gian berlakon huhu...lama gilakkkk aku tak berlakon broooo.....so kalo korang dah tengok video tu..itujelah yg aku mampu buat walaupun diterima kritikan dari pihak luar yang punya macam2 idea....utk tujuan penambah baikkan..apepun kami terima ianya sebagai teguran positif...walaupun kami dianggap amatur kami tetap bercita2 untuk ke arah ke Profesional...addeii....kena yakin...bersungguh dan ikhlas Insya Allah Tuhan kan sentiasa membantu kita...

Ok..jap gi lepas Magrib aku & geng akan ke Segambut Sport main Futsal tuk renjek2kan badan yang asyik dok makan dok makan mengadap pc...sekurang2nya dalam seminggu kita exercise huhu betul tak brooo....k.lah jam pun dah nak kul 7.10mlm aku rasa setakat ini saja coretan aku kali ini...tuk korang yang gemar layan blog aku tapi tak sign sebagai follower aku hadiakan korang short video yang baru jek aku upload tadi so marai sama-sama kita layan kalo ada komen bagitau je broooo.terbaik...sekian adios amigos Wassalamu....


Thursday, June 16, 2011

SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA


Bismmillahhirahnirahim.........

Alhamdulilah kita semua dipanjangkan umur untuk bernafas dan terus hidup di bumi Allah...

Kepada Akak, Adik, Abang Sedara, Akak sedara, Adik Sedara dan semua ahli Keluarga ku tersayang marilah kita sesama meraikan Hari Bapa Sedunia bagi mengingati segala jasa pengorbanan Bapa kita. Ingatlah walau siapa mereka (Bapa kita) di mata kita dia tetap Bapa kita....


Untuk Abah...maafkanlah kami anak Abah yang telah banyak kali menyakiti hati Abah...sama ada kami sedar mahupun tidak, Abah setia bersama kami...Abah mendidik kami dengan cara Abah...walau tatkala kami pernah tewas dgn hasutan perasaan tuk membeci mu ..tidak pernah sekali Abah ambil hati atau tinggalkan tanggujawab Abah kepada kami..malah Abah membesarkan kami dgn penuh keikhlasan... saat kami terkandas hilang keyakinan Abah tetap melempar nasihat memberi kami semangat serta kekuatan dalam mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan ini...Abah maafkanlah kami kerana telah banyak kali mengguris perasaan mu dengan kata-kata yang tidak sepatutnya kami keluarkan...Abah Kami Tetap sayangkan Mu seperti mana Abah menyayangi kami....

Selain Abah, Mak juga banyak berkorban untuk kami, Mak sanggup berkorban apa saja untuk keselesaan kami, Walau adakalanya Mak & Abah tak sehaluan pendapat... itu semua kerana untuk memenuhi keperluan kami. Sehingga hari ini Mak tetap sentiasa menyimpan rahsia segala kekhilafan kami bagi melindungi kesilapan kami dari diketahui Abah. Terima kasih Mak segala kekhilafan yg kami lakukan, kami akan sentiasa cuba berubah utk menjadi Anak yg terbaik untuk Mu Abah & Mak. .. Ya Allah kau peliharalah Mak & Abah aku curahkanlah rahmat dan kasih sayangmu kepada mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi, mengasihi, memelihara, dan mendidik kami dari kami dilahirkan sehinggalah kami dewasa dan berkeluarga...bertapa besarnya pengobanan mereka kepada kami kau kabulkanlah doa kami Ya Allah...Terima Kasih Ya Allah kerana telah menghadiahkan kami Mak&Abah yg baik & bertanggungjawab...


Oleh itu kepada semua Akak, Adik, Abang Sedara, Akak sedara, Adik Sedara dan semua ahli Keluarga ku tersayang sama2lah kita menghargai pengobanan jasa mereka..jgnlah sesekali kita menderhaka kepada mereka, hingga sanggup menuding kesilapan besar terhadap mereka ..walhal pengorbanan mereka lebih besar yg tak akan dapat kita balas walau kita menghadiahkan segunung emas sekalipun...Ingatlah Ibu yang lahirkan kita 9 bulan lamanya menanggug seksa menjaga kita dari kandungan hinggalah kita besar dewasa..dan ingatlah pengorbanan Abah yg tidak kenal erti penat mencari rezeki utk membesarkan kita hingga ke hari ini..hingga sanggup hutang bergadai nyawa demi mencari rezeki kita adik beradik..tolonglah hormati mereka tanpa restu & kasih sayang mereka kita tak akan kemana...jganlah apabila mereka sudah tiada nanti baru kita kesal kerana tidak dapat berbuat jasa kepada mereka...

* Sesungguhnya tidak akan bau Syurga kepada Anak-Anak yg menderhaka kepada kedua Ibu bapanya.....Ingatan Utk Kita Bersama....segeralah mohon maaf dan keampunan kepada mereka selagi mereka masih ada sekiranya kita ada mengguris hati dan perasaan mereka...Insya Allah kita bersama akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya....Sayangilah Kedua Ibu Bapa kita..


semoga keluarga kitakan kekal bahagia selamanya amin.....


Akhirkata kepada semua Adik, Abang Sedara dan kengkawan yg sudah bergelar bapa Selamat Hari Bapa…Adios Amigos…….Wassalammu….

*Alfatihah Buat Ayahanda Mohd Rajoli Mohd Rejab semoga roh beliau dicucuri Rahmat....

Wednesday, June 15, 2011

SIAPA PEMBELA/PENINDAS RAKYAT SEBENARNYA? AKU YG KELIRU

Bismmillahirrahmannirahim...

Aku baru jek lepas tengok Buletin Utama TV3. Sumber berita memaklumkan dalam tempoh terdekat Bil Astro akan diselaraskan dan akan dinaikkan lagi atas alasan kos penyiaran rancangan/program utk dalam dan luar negara meningkat (alasan yg macam haram). Hari ni PARLIMEN turut membahaskan BIL ASTRO TAK WAJAR DINAIKKAN kerana KEUNTUNGAN ASTRO BERLIPAT KALI GANDA LEBIH TINGGI BERBANDING KEUNTUNGAN DISEMUA BANK DI MALAYSIA dan ahli parlimen mempersoalkan ketidak wajaran kenaikan harga langganan Astro, kalo dibandingkan dengan negara eropah syarikat penyiaran televisyen swasta di negara mereka hanya menetapkan pada 1 caj bayaran sahaja utk kesemua siaran, tidak seperti di Malaysia yg mengenakan pelbagai caj utk sesebuah pakej program tv..ini jelas membuktikan ASTRO mengaut keuntungan yg sangat2 berlipat kali ganda dengan cara memberi pelbagai alasan utk menjerat leher2 pengguna2 ASTRO di Malaysia..pada aku penindasan rakyat seumpama ini tak lebih tak kurang seperti PENGKHIANAT NEGARA ERA MODEN yg menjerut leher RAKYAT MALAYSIA walhal MEREKA2 YG MENGAUT KEUNTUNGAN INI JUGA ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA...macam S%$LLLLL...


Lagi berita yg memedihkan telinga aku dan mungkin juga warganegara MALAYSIA ialah berita berkaitan Saman Trafik PBT..dalam tempoh terdekat juga semua PBT di MALAYSIA akan menyenarai hitamkan semua pesalah2 trafik yg tidak menjelaskan saman PBT..sekali lagi rakyat Malaysia diugut...walhal RAKYAT MALAYSIA baru sahaja 2 bulan lepas di UGUT&DIPAKSA membayar saman POLIS & JPJ..kali ini saman TRAFIK PBT pula..PBT akan berkerjasama dengan JPJ & POLIS kepada sesiapa yang tak bayar & tak boleh jelaskan saman tersebut mereka tidak boleh hidupkan roadtax kenderaan. Inilah namanya UGUTAN TERHORMAT KPD RAKYAT.dimanakah sebenarnya slogan MERINGANKAN BEBAN RAKYAT/MEMBELA RAKYAT. Pak2 Menteri bukan tidak tahu tidak lama lagi bulan pose hampir tiba inilah masa RAKYAT hendak menyipan duit raya. Tapi akhirnya DUIT RAYA RAKYAT di beri kpd PBT untuk dia org KAYA RAYA.



Mungkin ada yg sinis dengan penulisan aku kali ini tapi ..memanglah benar yg salah tetap salah..tapi biarlah berperikemanusiaan mungkin PBT boleh menguatkuasakan WAJIBKAN PEMBAYARAN SAMAN TERSEBUT PADA TAHUN HADAPAN..ini bagi memberi peluang utk rakyat bersedia utk mengumpul wang utk membayar saman tersebut dan inikan akan meringkan beban rakyat..selama ini rakyat SUDAH & SANGAT TERBEBAN DENGAN HARGA2 BARANG2, MAKAN MINUM YG NAIK X MENENTU itulah kekadang aku tak faham dengan pemikiran dan penerimaan RAKYAT MALAYSIA DENGAN SEMUA KEPUTUSAN KERAJAAN, namun begitu aku beranggapan rakyat Malaysia semuanya mungkin SUDAH KAYA RAYA RAYA ..harga gule,minyak,beras,elektrik,air,makan,minum semua naik dia org buat dek..rakyat Malaysia masih releks &cool, ITU YG AKU SEDIH SANGAT TU mungkinkah aku saja yg terasa tertindas di negara sendiri..aggghhhhhhhhhhhhhh


Walauapepun aku x berapa heran dengan HUKUM/UNDANG DUNIA ini ..ingatlah HUKUM/UNDANG2 ALLAH pun kita langgar apetah lagi UNDANG2 DUNIA.. -TOLONGLAH RENJEK2KAN MINDA TU-

*maksud RENJEK : Buka, Beri Laluan, Renggang atau apajua perkataan yg sama maksud seumpamanya.

K.Adios Amigos...........

Tuesday, June 14, 2011

AKU LUPA + SENGAL + BLUR + aggggrhhhhhhhhh

Bismillahhirahmannirahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Semalam Semut Senyum msg FB aku Seniman Agung ..dia tanya, "en.eim...blog tak aktif dah ke...saya pun dah buat blog saya... hehehehe", aku pong jawab, " ada tapi x aktif x sempat nak layan...dok HQ busy bangat....Insya Allah akan diaktifkan dlm sikit masa lagi....huhu"...tup-tup hari nie terus aku aktif kan blog aku yg dah lama sangat x tengok..hehehe..

Aku bernasib baik sebab passwordnya aku masih ingat kalo x pening gak aku nak buka..mana x nya baru2 ni aku nak buka Youtube MrSeniman tapi malangnya xleh nak buka dah sebab AKU LUPA passwordnya..so utk dptkan balik password tu aku kena lee cek kat Email senimanagung@yahoo.com tapi malang menimpa lagi..AKU LUPA LAGI!!!! ahhhhhhhh 1001 kali aku dok cuba mcm2 password dah aku masuk still x bole..uhhhh sedihnya....orang2 tua ada berkata kalo minum air ada semut kita leh jadi lupa..mungkin aku dah terminum air ada semut kot huhuhu..hanya Semut Senyum yg leh jawab kahkahakah..Tapi beza ngan semut yg lain sebab SemutSenyum ni yg ingatkan aku pasal blog aku huhuhu...



Apa-apapun thanks wat SemutSenyum sebab ingatkan aku pasal blog aku...semoga ALLAH membuka hati dan pemikiran aku..kuat ingatan aku..supaya aku dapat laksanakan tugas2 & tanggungjawab aku dengan sempurna Insya Allah...AdiosAmigos....by...


Sunday, January 30, 2011

..TeNaNg + SuMbAnGsIh + DiLeKsIa + Aku & AnAk2..


Assalamaulaikum...
DUN Tenang
1st sekali aku nak ucapkan tahniah wat Dato' Ai @ Azhar Ibrahim yg menang besar malam ni mengekalkan kerusi BN di Dun Tenang..semoga selepas ni kawasan disana akan lebih Tenang..Insya Allah walaupon..sebenarnya skang ni sibuk dia org tengah berkemas menyelamatakan barang penting akibat banjir..aku disini mendoakan keadaan disana stabil dan YB yg baru di amanahkan oleh rakyat akan bertindak segera membela dan membantu semua masyarakat disana tanpa membezakan ideologi politik, warna kulit, keturunan, bangsa & agama..Insya Allah...




Piala Sumbangsih 2011


Ucapan tahniah juga kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya memenangi piala sumbangsih..menewaskan skuad Selangor 2-0..ternyata permainan skuad Kelantan sangat menarik dan menghiburkan..pemain2nya yg semangat, lincah, kemas, laju, dan seangkatan dengannya..walau hakikatnya ramai bintang2 hebat didalam skuad Selangor..yang membarisi skuad kebangsaan ternyata kehebatan individu tidak akan memberi apa2 makna sekiranya bermain tanpa sepakatan atau kerjasama didalam kumpulan..kasihan aku lihat Safiee Sali dia memerlukan seorang regu yang boleh bantu dia utk scoore tapi malangnya..semua pemain Selangor nak tunjuk best cam hebat.. akhirnya hampeh . Semua posisi Safiee Sali cuba bantu utk scoore hinggalah beliau terpaksa turun naik padang utk dptk bola..letih gak aku tengok dia main semalam..dah sehabis baik cube bantu Selangor..emm pada pandangan aku lebih baik Selangor lepaskan Safiee Sali ni main ngan kelab luar supaya dia dapat sumbangkan sesuatu kepada negara..kerana beliau sekarang sudah tahap profesional tapi malangnya pendedahan beliau hanya bermain didalam negeri yg tahapnya masih jauh gile..sedey..sedey..apa2pun semoga aku doakan beliau terus success dlm pasukan Malaysia..


Bab skuad Kelantan tak perlulah aku ulas panjang lebar kerana pemain2 skuad Kelantan masa kini masih unggul di Malaysia sebagai pasukan terbaik..bagi tahun ini..walaupun penonton2/peminat2 fanatiknya yang selalu suka wat kecoh dan suka wat hal. dengan mercun, laser, baling botol air dan sebagainya..huhu..bile sikap dia orang ni berubah aku pun xtaulah..


DISLEKSIA
Ohh yekk baru saja tadi aku layan Telemovie Disleksia..boleh tahan ceritanya..mesejnya sampai..walaupun bukan senang aku nak layan drama2 Melayu nie..tapi disebabkan ingin tahu apakah yg dimaksudkan Disleksia aku layankan juga..sebab kisahnya berkisarkan kanak2 yg mengidap Disleksia..lepas aku tonton telemovie tersebut..baru aku pearasan yang sebelum ni aku pernah tonton filem seperti telemovie ni iaitu filem hindi Taare Zameen Par lakonan Amir Khan kalo dibandingkan memang filem hindi tu lebih hebat dari telemovie yg aku tonton tadi tapi sekurang2nya aku dapat tambahkan lagi pengetahuan aku apabila berhadapan dengan anak2/ahli2 keluarga kita yang mengalami sindrom seperti tersebut..



Apa yang aku boleh berkongsi dengan korang ialah janganlah korang khuatir sekiranya anak/adik/abang/akak/sedara mara/sesiapa yg korang lihat mereka mempunyai ciri-ciri sindrom Dileksia ini kerana mereka sebenarnya normal seperti manusia biasa.. malah dari kajian sintifik oleh pakar2 perubatan ramai2 golongan-golongan hebat di dunia mempunyai Dileksia sewaktu zaman kanak-kanak mereka..antaranya ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg dan Tom Cruise), artis (Leonardo da Vinci) saintis (Albert Einstein) dan ramai lagi..




DISLEKSIA : MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI WEB WIKIPEDIA UTK DIKONGSI BERSAMA

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]


Ciri-ciri penghidapnya
• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu
• perkataan.

• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu
• contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

• Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

• Sering berlaku di kalangan lelaki.

• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

• Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

• Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan


Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
• Terapi pertuturan
• Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
• Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
• Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
• Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
• Merasa pergerakan bibir
• Menulis huruf atau perkataan


Langkah-langkah pemulihan :
Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur


Cara-Cara Membantu Kanak-Kanak Dileksia
• Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

• Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang dialami

• Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

• Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

• Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

• Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

• Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

• Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan sebagainya


"Kemas Rumah Jaga Anak Elok2" Huhu..Syokk oh...Terbaikk...

Alhamdulilah syukur kepada Allah hari ni anal2 semua ok tak banyak songeh dan semua mendengar kata hehe.. ialah hari ini aku terpaksa menggalas tugas Ayah & Ibu utk semalaman ini kerana sekali lagi wife aku dikehendaki bertugas malam..letih memang letih beb..emm patutlah isteri aku selalu merunggut kalau aku malas2 nak tolong dia memang letih beb kalo aku jadi dia..mana taknya siang berkerja balik kerja ambil& urus anak..kemudian kat umah nak mandikan anak nak siapkan makan minum aku nie tak termasuk kerenah2 tambahan anak-anak huiii...hanya Tuhan saja yang tahu.. memang letih beb..so hari ni aku dapat merasakan letihnya menjadi seorang yang bergelar Ibu....apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk isteri, anak dan kebahagian keluarga kami..sebenarnya kami punya cita-cita yang tinggi melanggit..kami sedang berusaha menuju ke arah itu semoga usaha, cita2 dan impiankan tercapai suatu hari nanti Insya Allah...aku percaya kalau kita positif, bersungguh2 dan sentiasa berdoa tuhan akan tunjukkan jalan yg mudah untuk kita kecapi impian kita..Insya Allah..baiklah jam pun dah menunjukan hampir kul 3pagi dengan ini aku persembahkan lagu Insya Allah Versi Bahasa Melayu yang dinyanyikan oleh Maher Zain...Anak aku (Irsyad) suka beb lagu nie..dan hanya word Insya Allah je yg bunyinya hampir tepat word2 yg lain hanya dia dan tuhan saja yang tau hehehe...k...layanzzz.z....zz...



E-Dymium

Alhamdulilah ramai sudah berjaya dengan program E-Dymium anda bila lagi hanya RM 425.00 anda akan dapat sutas rantai Dymium berharga RM 275.00 serta merta selepas bertaftar dan pulangan RM 23,000.00 dlm tempoh setahun tanpa berbuat apa2,Amat selamat dan ada pelangan

Sangat Mudah,Adil,dan saya sudah mendapat segala Keperluan yang diiginkan

Berumur 27 tahun
-Sudah mendapat Wang 7 angka tanpa berbuat apa2?
Mustahil? TIDAK ada yang Mustahil dengan DYMIUM

Kelebihan
-Tidak Mewajibkan Mencari Ahli untuk mendapat Pulangan
(23,000.00)Setahun dan secara berperingkat.
-Tetapi Jika Mencari Pelanggan Pulangan juga berlebihan (pilihan di tangan anda)



Dijamin selamat dengan adanya

-Syarikat Berdaftar di Sektor Kerajaan
( Akta Jualan Lansung 1993 )
-Laman Web Yang Sah
Click!!