Pages

Sunday, January 30, 2011

..TeNaNg + SuMbAnGsIh + DiLeKsIa + Aku & AnAk2..


Assalamaulaikum...
DUN Tenang
1st sekali aku nak ucapkan tahniah wat Dato' Ai @ Azhar Ibrahim yg menang besar malam ni mengekalkan kerusi BN di Dun Tenang..semoga selepas ni kawasan disana akan lebih Tenang..Insya Allah walaupon..sebenarnya skang ni sibuk dia org tengah berkemas menyelamatakan barang penting akibat banjir..aku disini mendoakan keadaan disana stabil dan YB yg baru di amanahkan oleh rakyat akan bertindak segera membela dan membantu semua masyarakat disana tanpa membezakan ideologi politik, warna kulit, keturunan, bangsa & agama..Insya Allah...




Piala Sumbangsih 2011


Ucapan tahniah juga kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya memenangi piala sumbangsih..menewaskan skuad Selangor 2-0..ternyata permainan skuad Kelantan sangat menarik dan menghiburkan..pemain2nya yg semangat, lincah, kemas, laju, dan seangkatan dengannya..walau hakikatnya ramai bintang2 hebat didalam skuad Selangor..yang membarisi skuad kebangsaan ternyata kehebatan individu tidak akan memberi apa2 makna sekiranya bermain tanpa sepakatan atau kerjasama didalam kumpulan..kasihan aku lihat Safiee Sali dia memerlukan seorang regu yang boleh bantu dia utk scoore tapi malangnya..semua pemain Selangor nak tunjuk best cam hebat.. akhirnya hampeh . Semua posisi Safiee Sali cuba bantu utk scoore hinggalah beliau terpaksa turun naik padang utk dptk bola..letih gak aku tengok dia main semalam..dah sehabis baik cube bantu Selangor..emm pada pandangan aku lebih baik Selangor lepaskan Safiee Sali ni main ngan kelab luar supaya dia dapat sumbangkan sesuatu kepada negara..kerana beliau sekarang sudah tahap profesional tapi malangnya pendedahan beliau hanya bermain didalam negeri yg tahapnya masih jauh gile..sedey..sedey..apa2pun semoga aku doakan beliau terus success dlm pasukan Malaysia..


Bab skuad Kelantan tak perlulah aku ulas panjang lebar kerana pemain2 skuad Kelantan masa kini masih unggul di Malaysia sebagai pasukan terbaik..bagi tahun ini..walaupun penonton2/peminat2 fanatiknya yang selalu suka wat kecoh dan suka wat hal. dengan mercun, laser, baling botol air dan sebagainya..huhu..bile sikap dia orang ni berubah aku pun xtaulah..


DISLEKSIA
Ohh yekk baru saja tadi aku layan Telemovie Disleksia..boleh tahan ceritanya..mesejnya sampai..walaupun bukan senang aku nak layan drama2 Melayu nie..tapi disebabkan ingin tahu apakah yg dimaksudkan Disleksia aku layankan juga..sebab kisahnya berkisarkan kanak2 yg mengidap Disleksia..lepas aku tonton telemovie tersebut..baru aku pearasan yang sebelum ni aku pernah tonton filem seperti telemovie ni iaitu filem hindi Taare Zameen Par lakonan Amir Khan kalo dibandingkan memang filem hindi tu lebih hebat dari telemovie yg aku tonton tadi tapi sekurang2nya aku dapat tambahkan lagi pengetahuan aku apabila berhadapan dengan anak2/ahli2 keluarga kita yang mengalami sindrom seperti tersebut..



Apa yang aku boleh berkongsi dengan korang ialah janganlah korang khuatir sekiranya anak/adik/abang/akak/sedara mara/sesiapa yg korang lihat mereka mempunyai ciri-ciri sindrom Dileksia ini kerana mereka sebenarnya normal seperti manusia biasa.. malah dari kajian sintifik oleh pakar2 perubatan ramai2 golongan-golongan hebat di dunia mempunyai Dileksia sewaktu zaman kanak-kanak mereka..antaranya ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg dan Tom Cruise), artis (Leonardo da Vinci) saintis (Albert Einstein) dan ramai lagi..




DISLEKSIA : MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI WEB WIKIPEDIA UTK DIKONGSI BERSAMA

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]


Ciri-ciri penghidapnya
• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu
• perkataan.

• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu
• contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

• Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

• Sering berlaku di kalangan lelaki.

• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

• Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

• Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan


Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
• Terapi pertuturan
• Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
• Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
• Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
• Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
• Merasa pergerakan bibir
• Menulis huruf atau perkataan


Langkah-langkah pemulihan :
Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur


Cara-Cara Membantu Kanak-Kanak Dileksia
• Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

• Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang dialami

• Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

• Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

• Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

• Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

• Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

• Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan sebagainya


"Kemas Rumah Jaga Anak Elok2" Huhu..Syokk oh...Terbaikk...

Alhamdulilah syukur kepada Allah hari ni anal2 semua ok tak banyak songeh dan semua mendengar kata hehe.. ialah hari ini aku terpaksa menggalas tugas Ayah & Ibu utk semalaman ini kerana sekali lagi wife aku dikehendaki bertugas malam..letih memang letih beb..emm patutlah isteri aku selalu merunggut kalau aku malas2 nak tolong dia memang letih beb kalo aku jadi dia..mana taknya siang berkerja balik kerja ambil& urus anak..kemudian kat umah nak mandikan anak nak siapkan makan minum aku nie tak termasuk kerenah2 tambahan anak-anak huiii...hanya Tuhan saja yang tahu.. memang letih beb..so hari ni aku dapat merasakan letihnya menjadi seorang yang bergelar Ibu....apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk isteri, anak dan kebahagian keluarga kami..sebenarnya kami punya cita-cita yang tinggi melanggit..kami sedang berusaha menuju ke arah itu semoga usaha, cita2 dan impiankan tercapai suatu hari nanti Insya Allah...aku percaya kalau kita positif, bersungguh2 dan sentiasa berdoa tuhan akan tunjukkan jalan yg mudah untuk kita kecapi impian kita..Insya Allah..baiklah jam pun dah menunjukan hampir kul 3pagi dengan ini aku persembahkan lagu Insya Allah Versi Bahasa Melayu yang dinyanyikan oleh Maher Zain...Anak aku (Irsyad) suka beb lagu nie..dan hanya word Insya Allah je yg bunyinya hampir tepat word2 yg lain hanya dia dan tuhan saja yang tau hehehe...k...layanzzz.z....zz...



Friday, January 28, 2011

...Malam Yang Kelam..Sideyyy...

Jam 11.45pm masih lagi xleh nak tido walaupun letih..sebenarnya aku sedih sangat rasanya bile kita dah cuba dan usaha wat yg terbaik tapi langsung tak dihargai orang..kekadang terfikir gak aku..apa salah aku..apa dosa aku pada dia..sampai dia buat aku rasa bersalah.. mungkin ni kifarah Tuhan kepada aku..mungkin aku pernah buat orang terluka sebab tak menghargai kebaikan orang lain..emm redha jelah..besabar itukan separuh daripada iman..

Emm lega sikit anak2 semua dah tidur barulah aku leh fokus ngan pc aku nie..hehe..dalm sedih2 terubat gak sakit dihati nie..bile layan Raja Lawak tadi huhu..memang power gak Pak lawak2 yang masuk pada musim kali nie..dalam banyak2 peserta tu yang paling aku suke Kumpulan Balas yang lawaknya boleh tahan mengong...keduanya aku suke si mamat Nazmi tu yg ada iras-iras muke cam Bekas MB Perak Dato' Nizar Jamaluddin kihkihkih..memang layan segar biji mata ku disaat aku hampir2 dibuai mimpi..huhu..

Insya Allah esok sepupu aku datang nak bawa frame ayat Kursi yg aku tumpang kat umah dia..dah masuk tahun baru dia nak datang umah aku..huhu..aku janji ngan dia nak buat tom yam terbaik tapi x taule sempat aku buat ke x..kalo x sempat aku beli jek kat restoran dekat ngan umah aku nie..huhu..lagi power..terbaik..emm yg pasti esok aku akan jadi babyseater mula jam 1ptg hingga jam 11.00malam sebab esok wife aku masuk keje jam 2ptg balik 10malam huhu..masak aku jaga anak-anak..harap2 dia org x nakal2 kalo x poning kepalo den...huhu..tapi walau nakal cam ne pun aku still jaga2 anak2 aku bagai menatang minyak yg penuh..sebab anak2 aku nilah Anugerah Tuhan yang paling berharga dalam hidup aku..sape x sayang anak oii...begitu gak isteri aku yg juga Anugerah Paling Paling berharga dalam hidup aku..sape tak cayang..cayang..cayang..bini oii...haddoi...(ayat cover, x bgtau kang kocik hati hehe..jgn marah..I ikhlas sayang u tau hehe)...

Skang ni wife aku dok layan Filem i-Robot..masak aku malam ni memang kene robot lah aku malam ni hehe..
Aduh tengah syok2 menaip nie..memusing pulak perut aku addei..adeii..ni mesti kes aku makan nasi kukus+ ayam rempa+kuah gulai+sambal belacan power addeii..addeiii..

sebelum waa masuk toilet apa kate kite layan lagu ni...yg dituju khas utk isteri tersayang..sayang kaulah satu-satunya...terbaik...niee..k.choouw....

Thursday, January 27, 2011

..Akan Tiba Dan berlalu...



Assalamaualaikum...

Jam sekarang menunjukkan jam 10.32pagi di pejabat..aku baru jek lepas siapkan jadual pengisian program (Bahagian Pengembangan Seni JKKN) boleh tahan banyak program tahun ni walaupun budget tak sebanyak mana huhu..aku no hal ada duit kita jalan tak ada duit tak yah wat program..kita wat tak tahu jele hehe..yang penting hati ada happy..orang lain takda susah..huhu..




hari ni jam 5pagi lagi dah bangun bawa isteri ke pejabat & anak2 ke taska...Alhamdulilah nasib baik anak2 tak banyak buat hal pagi ni masuk jek kereta bagi susu..dia org pun layan..terus tidur..bile dah semua tidur aku pun cam nak layan tidur gak..tapi kalo tidur..sape plak nak drive..wife aku..huhu..comfirm same cam anak2 aku..layan baik tidur kat belakang huhu..takpele demi anak2 & isteri ku sanggup korbankan ape saje huhu..terbaik niee...hehe..2-3 kali gak anak ngan isteri aku terkojut-terkojut sebab akukan pemandu berhemah..lagipun seat kereta tak sama ngan tilam di rumah hehehe..sabau jele..hehe..apapun buat semua ahli keluarga, rakan-rakan, sedara mara semua berikut adalah pengisian jadual sosio family kami, Insya Allah;




  • Rabu, 2hb Februari 2011 bersamaan 28 Safar 1432H - kami sekeluarga akan balik Kg di Johor Bahru.

  • Khamis dan Jumaat, 3&4hb Februari 2011 - Kami sekeluarga jalan2 ke Melaka bersama Ibu tercinta..bermalam di Hotel Sri Malaysia Air Keroh Melaka


























  • Sabtu, 5hb Februari 2011- Kami sekeluarga akan mengadakan Majlis 3 Dalam 1 ( Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Cukur Jambul (Anak aku Nur Rijhal Hakimi) & Majlis Sambutan Hari Kelahiran (Anak Saudara Siti Nur Khadijah).




  • Ahad, 6hb Februari 2011- Kami sekeluarga pulang ke Putrajaya dan melalui hari2 seperti biasa hehehe...

  • *Justeru itu aku dan keluarga menjemput semua sedara mara & kengkawan semua ke Majlis 3 Dalam 1 sepertimana kad jemputan maya seperti berikut;

    E-Dymium

    Alhamdulilah ramai sudah berjaya dengan program E-Dymium anda bila lagi hanya RM 425.00 anda akan dapat sutas rantai Dymium berharga RM 275.00 serta merta selepas bertaftar dan pulangan RM 23,000.00 dlm tempoh setahun tanpa berbuat apa2,Amat selamat dan ada pelangan

    Sangat Mudah,Adil,dan saya sudah mendapat segala Keperluan yang diiginkan

    Berumur 27 tahun
    -Sudah mendapat Wang 7 angka tanpa berbuat apa2?
    Mustahil? TIDAK ada yang Mustahil dengan DYMIUM

    Kelebihan
    -Tidak Mewajibkan Mencari Ahli untuk mendapat Pulangan
    (23,000.00)Setahun dan secara berperingkat.
    -Tetapi Jika Mencari Pelanggan Pulangan juga berlebihan (pilihan di tangan anda)



    Dijamin selamat dengan adanya

    -Syarikat Berdaftar di Sektor Kerajaan
    ( Akta Jualan Lansung 1993 )
    -Laman Web Yang Sah
    Click!!