Pages

Monday, October 4, 2010

..Patah Tumbuh Hilang Berganti..


Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya..saat & ketika ini aku masih lagi bernafas di bumi makmur ini..walau kekadang aku alpa akan nikmat pemberian-Nya..leka dengan mainan dunia-Nya..tidak puas nikmat anugerah-Nya..tatkala itu jua aku seringkali hilang dalam sedar..buntu mencari-cari sesuatu yang tidak pasti, hari ini dengan izin-Nya jua dapat aku melerai bicara yang telah lama tersimpan dibenak hati ini kerna sibuk dengan hal-hal duniawi..





Alhamdulilah sekali lagi aku mengucap syukur pada kehadrat Ilahi setelah hampir 6 bulan aku tidak mencoret sebarang nukilan pada hari ini dengan kesempatan masa, waktu dan ruang yang di anugerahkan dari-Nya..dapat juga aku mencoret cerita meringkas kisah sepanjang ketika aku kehilangan kata-kata. Alhamdulilah pada 17/09/2010 (Jumaat) tahun lepas, jam 12.09 tengahari Tuhan telah menganugerahkan kepada aku & Isteri seorang lagi Cahaya Mata (putera yang sangat comel) Putera Nur Rijhal Hakimi yang membawa maksud Cahaya Lelaki Sejati Yang Bijaksana, nama itu juga diambil sempena nama datuknya Mohd Rajoli yang juga membawa maksud Lelaki Yang Sejati. Nama tersebut diilhamkan oleh bapa saudaranya Ustaz Mohd Arif.








Namun begitu pada hari dan tarikh yang yang sama jua Jumaat, 17/09/2010 jam 11.00 malam dengan kehendak-Nya jua seorang lagi ahli keluarga kami (bapa mertua Mohd Rajoli Bin Mohd Zain) telah kembali mengadap Ilahi. Begitulah maha hebatnya percaturan dari-Nya bagi melihat keimanan kita sebagai hamba menghadapi dua situasi berbeza pada satu hari yang sama.



Alhamdulilah kami sekeluarga redha dengan ketentuan dari-Nya dan kami percaya segala percaturan hidup ini dari-Nya akan sentiasa ada hikmah disebaliknya.





Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Rajoli Bin Mohd Zain, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman Amin....



Andai Waktu Memanggil–Lirik Lagu Opick ft Fira FLO

Saturday, April 10, 2010

"Coretan Ringkas Dari Aku"

Assalamualaikum...selamat malam..salam perpaduan dan Salam 1 Malaysia....

Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi sekali lagi di malam yang penuh syahdu dan angin bertiup bersepoi-sepoi bahasa..kesejukkannya..hingga menusuk kedalam liang-liang temulang aku... Punyalah berminggu2 aku mencari terkadang ingin mecuri masa utk ku luahkan rasa, berita, info & lain2..Akhirnya malam ini dapat gak aku coretkan sesuatu yang mungkin ringkas tetapi indah untuk dicer....kan...

Utk makluman sahabat2 blog & bloger semua..aku baru aje selesai melaksakan program Jabatan aku..Program Merakyatkan Seni Budaya di DUN Damak Jerantut..memang happening 3 hari aku disana..pelbagai pengalaman menarik, suka, duka, pahit, manis telah aku lalui..tapi aku betul2 x da mood sangat nak coretkan panjang-panjang..mungkin esok lusa aku..cer dengan korang bersama ngan pic-pic yg menarik Insya Allah...cume apa yg leh aku kongsikan bersama korang..ialah video2 rakaman program kendalian aku & team di Pusat Seni Setempat 2010 Negeri Pahang yang telah mula mendapat tempat di hati pengunjung2 setia di Open Stage Jalan Tun IsmailT.i Lane Kuantan..oleh itu aku jemput korang semua blog & bloger datanglah ke program waa...sepertimana berikut ;

Nama Program : Pusat Seni Setempat 2010 Negeri Pahang
Tempat : Open Stage Jalan Tun Ismail/T.i Lane (Sebelah Kuantan Plaza)
Masa : 3.00ptg hingga 10.30mlm
Tarikh : Setiap Hari Sabtu (Minggu Pertama dan Ke-Empat sahaja)
So dtglah beramai bersama awek,kawan,jiran,isteri @ family korang utk
memeriahkan program tersebut k..


*Aku gak nak jemput blog & bloger semua kalo korang @ kengkawan korang @ sedara mara korang punya bakat dalam apa2 jua bentuk seni dan budaya, lain daripada yang lain, unik @ lain2...jangan malu2..jangan segan2..call je aku di no phone : 019-2560943/o9-5178466 (ibrahim)...




Atas : Keratan Akhbar Sinar Harian. Bawah : Sebahagian Rakaman Video PSS 2010 Negeri Pahang...layanznznznzn...




Gua respek ngan budak2 ni...walaupun xda sponsor dari mana2 pihak tapi ngan duit PSS yg dia org dapat skit2 dia org kumpul...sakang ni macam2 T.shirt dia org ada untuk show...termasuklah pad dan helmet keselamatan....semoga korang lebih succees....




Fire Dance ni Lynda (bdak 1 ofis aku) yg kenalkan aku..le tahan mantop gak show dia ni siap featuring ngan Taccadiduwa (geng didgeridoo)..amacam k x???..





Hah..2 orang budak yg suara sumbang mambang ni adalah peserta karaoke kita org...rosak dia org ni...hehehhe...





Hah ni lagi sorang aku memang suke gile abang ni punya goyang...memang masyuk abis..tapi kesian 3 tahun joint program kita org x penah pun juri nak bagi menang dah habis gelek..pun x menang juga...kesian kan...hikhikhik...





Ni plak Group Muzik Cherry Candy..memang cherry betullah dia org ni..hampir rosak program aku hehehhe..tapi aku x kisah..sebab program ni memang platform utk org2 mcm dia org ni untuk tunjukkan tallent dia org...so kita jgn salahkan dia org..sebab ni 1st time dia org wat show depan org ramai...tu yg "BUAT PERTAMA KALINYA"...maybe juga utk "KALI YANG TERAKHIRNYA" hehehhe...





Cam biasa ni gak group yg dah hampir 2 tahun aku perkenalkan di T.I Lane..sape lagi kalo bukan D'Awan..aku memang layan group ni kerana Akustiknya Dia org ni..so layanZzzZz..





Tarian Singa nilah pembukaan bagi PSS 2010 Negeri Pahang...org cina cakap bagi Ong ehehehhe...boleh tahan best gak dia org ni sebab banyak kali dah menang Pertandingan Tarian Singa kat Malaysia ni...lihat bertapa 1 Malaysia nya program kita org hehehe..





Ni alat muzik Zhe Hu/Eehu aku pun xtau nak spell cam ne tapi aku memang layan muzik dia sebab mengingatkan aku pada filem Kungfu Hustle hikhikhik layanzzZz





hah video ni saje jek aku insert sebab nak suruh Sara (MC PSS) tengok sendiri celoteh dia yang hukhukhuk kuhkuhkuh....





Video ni aku rakamkan dekat TC lepas abis program di TI Lane...dia org ni memang darah seni lepas show bebayar dia org wat lak show percume utk hiburan org kuantan.. di TC tapi sekejap jek aku shot dia org sebab keadaan yg gelap sesangat...huhuhuhu...

K..utk pembaca blog aku kalo korang nak tengok YoYo Cina..Tarian Zumba..Band kanak2 like kumpulan Lucky-Lucky korangleh lah datang ke T.I lane pada Sabtu, 24 April 2010 jam 3.00ptg hingga 10.30 malam...korang layan secara percuma beb datang jgn x datang...hiak..........huh!

Thursday, March 25, 2010

"Sambil Menyelam Terminum Air Masin"- Episod 3





Untuk pengetahuan kengkawan sekalian aku sangatlah teruja gile bile dapat bertugas di Tioman mana xnya sambil menjalankan tugas boleh gak gi jalan2 menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...punyalah teruja gile sampai2 saja di Pangkalan Ferry Tanjung Gemok, Rompin aku terus posing ngan kengkawan ambil gambar...
kita org ke sana menaiki Ferry Quek's Services memang kueklah sangatkan...sebelum menaiki ferry mcam2 problem berlaku antaranya ialah......berlakunya pertengkaran antara Hj Mustafa (Pengarah RTM Pahang) dengan pegawal tiket Taman Laut...mana xnya..sebelum menaiki ferry kami diwajibkan membeli tiket ke Taman laut Tioman walaupun x pegi...ada ke patut...memang x patut oleh sebabkan perkara tersebut berlakulah pertengkaran kecil antara pengawal tiket disitu dengan Hj Mus...kita org memang x ambil pot langsung tapi kita org memang dah stanby kalo berlaku pergaduhan besar hehehhe...


pelbagai isu kami perbincangkan sehinggalah ke perbincangan mabuk laut...hahahhaha... untuk makluman kengkawan aku x penah lagi mabuk laut pergi ke tioman dah 3 kali aku kesana x penah lagi aku mabuk so tanpa disedari aku telah bercakap besar yang berbunyinya begini "Kalo korang nak tau aku dengan laut ni dah sebati...aku tak akan mabuk punya"...kenagkuhan aku bertambah bile masuk saja ferry aku mula offer kengkawan yg x biasa dengan omabak laut supaya makan pil2 tahan muntah yg telah disediakan oleh Azlinda...tapi sorang pun x mau hehehe...disebabkan kata2 tersebut...Tuhan telah menunjukkan kekuasaannya...ibarat disumpah oleh laut 15 minit selepas aku duduk dalam ferry perut aku mula rasa mual mana xnya ferry kali ini perjalanannya tidak seperti sebelum2 ni ombak laut yang tinggi serta dengan angin kencang campur pulak hujan lebat membuatkan keadaan ferry terumbang-ambing dan sesekali ferry dihempas ombak laut yang tinggi lebih kurang 3-4 kaki tingginya...oleh sebab keadaan tersebut membuatkan aku muntah-muntah dalam ferry hinggalah sampai ke Pulau Tioman...sedar x sedar dalam temph lebih kurang 2jam 45 minit aku langsung x dapat rehat sebab sepanjang perjalanan aku asyik muntah saja...sehingga terdetik dalam hati aku taubat dah aku nak datang tioman...pedih dan terseksanya aku ketika itu mengalah isteri aku yg sedang menagndung hehhee,,,lihat beberapa pic di saat aku menahan sakit perut mabuk2 dan muntah2.....






Itulah sebahagian foto aku dlm ferry menahan sakit pening, mabuk dan muntah-muntah..Alhamdulilah sewaktu aku terseksa datang En Sam membantu aku x sangka plak dia ni pandai mengurut dengan membaca beberapa potong ayat sambil mengurut2 belakang aku..aku terus sedikit demi sedikit beransur pulih...dan rasa mual muntah tadi pun hilang waktu aku rasa sangat bersyukur tapi kepala aku still melayang-layang sebab pening2 lalat dalam kepala otak aku x hilang lagi huhuhu....

sebenarnya masih banyak lagi benda aku nak cer tapi jam pun dah kul 12.30 mlm eloklah aku tido esok nak sambung keje plak beb k.lah...kite jumpa next episod plak k...by....ZZZZZZZZZZZzzzZZz....

"Sambil Menyelam Terminum Air Masin"- Episod 2


Alhamdulilah...

Sekali lagi syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dapat gak dia memberi sedikit kekutan dan tenaga kepada aku untuk hari ini, masa ni, malam ni, jam ni, untuk aku sambung semula kisah aku bersama kengkawan ofis sewaktu melaksanakan Program Merakyatkan Seni di Pulau Tioman....sebenarnya banyak lagi pic-pic menarik sewaktu kami wat gotong royong....so korang tataplah beberapa pic yg sempat aku ambil ni k...



Kalo korang nak tau yg aku ni tengah masak air gula utk wat air kenduri..tu yang beria sangat aku dok kacau tu....


ni plak pic makcik2 kat tioman tu tengah kupas bawang hehehe...seronok beb...jarang2 dapat rasa gotong royong kenduri cam tu cume aku pelik mana pegi anak2 dara tioman...xkan teperap kat umah itulah persoalan yg sering bermain dibibir rakan2 seperjuangan ku hehehhee...kalo korang x caya sudah...ada aku kisah....hehehhe...

K setelah selesai gotong royong & membantu segala apa yg patut kita org pun menunggu hari keesokannya apabila majlis hendak bermula..sebagai seorang Stage manager yg dilantik di atas kepercayaan Bos dan Azlinda aku pun aku pun melaksanakan tugas aku dengan sebaik mungkin...walaupun ada kelemahan2 diri ini yg x dapat dielakkan aku tetap akan pastikan pergerakkan majlis pada malam tersebut berjalan lancar walaupun....Hujan lobat.... malam selepas gotong royong mula lah detik aku membuat Q-sheet dari 1st Draft hinggalah ke 4rd Draft...gile ko...sampai kul 2pagi aku menyiapkan Q-sheet beserta dengan skrip MC Protokol dan MC Persembahan...naik lobam biji mata aku dibuatnya...tapi demi kerja yg telah di Amanahkan aku meneruskan tugas ku sebaik mungkin walaupun adakalanya hati ini mendengus...malas nak buat keje2 tu...huhuhu..


inilah wajah2 serius kami disaat kami memulakan tugas di sebalik tabir..lihatlah kengkawan betapa seriusnya kami....seriuskan...............


lihat betapa seriusnya wajah aku bersama Q-sheet dan walkietalkie yg selamat dari masuk air masin gelombang ombak yg amat dasyat ketika perjalanan kami ke tioman...cume aku sedih ngan kengkawan aku...kalo aku silap skit memang kenepunya...inilah jadinya..bile kengkawan cuba tikam kengkawan...so aku nasihatkan korang don't try this at home...k...



inilah jadinya kalo kengkawan x backing kawan...huhuhuhu....




rosak-rosak kehidupan kalo mcm nilah perangai kengkawan kite hahahhaha...


kan elok jadi macam Encik Sam 2nd Bos beliau seorang yg sangat comel & cool dia kadang2 mcm Awie dah tengok huhuhu...beliau lebih suka bagi nasihat dan pandangan daripada bertindak ganas seperti rakan-rakan ku yang lain huhuhuhu.....

Wednesday, March 24, 2010

"Sambil Menyelam Terminum Air Masin"- Episod 1

Alhamdulilah Syukur Ke Hadrat Ilahi...........
Hari ini Tuhan telah beri sedikit kudrat dan tenaga untuk aku...menaip serba sedikit pengalaman aku and geng di Pulau Tioman...Actually aku baru je elok dari demam, 2 hari aku cuti beb..klinik kat uma aku Dr ni poyo aku minta 2 hari cuti sakit dia bagi 1 hari jek...dia x tau ke yg aku masih lagi mabuk kategori "Mabuk Laut Perubahan Angin Tioman Menerjah Arus Pulang di Saat Aku Ku Pulang Ke Kuantan" untuk maklum kengkawan yg suke sangat baca blog aku kemudian kutuk aku di saat aku tersedak-sedak selepas menyuap suapan nasi pertama...aku sangat2lah mengucapkan jutaan terima kasih sebab 1st sekali comfirm aku dapat Pahala Percuma sebab korang kutuk aku tanpa keredhaan aku hahahahha... 2nd bagus gak korang selalu buka blog aku sebab setiap kali korang buka blog aku ada SEN/RM yang akan aku terima dari Syarikat Pengiklanan Blog (Nufnang) yg akan terus masuk ke akaun Nufnang so...aku ucapkan jutaan terima kasih kepada korang sebab korang peminat setia aku...tanpa korang sapelah seniman agung .......


Untuk makluman kengkawan yg dah tengok foto-foto hapening, vogue, macho, cun lagi meriah kita org kat Tioman tu sebenarnya adalah hari2 terakhir kita orang selepas selesai Program Merakyatkan Seni / Mesra Rakyat....4 hari kita orang kat sana memang kita org keje bersungguh2...kalo x caya tengok foto2 di bawah ni.....


Tengoklah dunia bape banyak ikan aku siang....gilelah sampai tahap tercucuk-cucuk duri ikan tu di jari jemari aku yng tulus dan mulus itu....huhuhu...lepas tu barulah dtg 2-4 org membantu interframe sama2 menolong....siang ikan yang berdozen2 tu....untuk kenduri rakyat malamnya..
antara mereka yg turut serta gotong royong ini adalah mereka2 sepertimana foto di bawah...



Paling kiri sekali yg sedang membasuh bakul tu Pakcik (bukan nama sebenar) kemudian yg comel tu Wife Tok Penghulu Tioman, baju kuning tu Cikgu Lan (sukarelawan JKKN Pahang) dan mcm Koboi Balok Jln Beserah tu Funny...yg x berapa funny hehehhe.....

lihatlah...betapa beriya2nya kami bergotong royong si Funny goreng ikan aku plak tengah parut kelapa dengan mesin kelapa Tok Penghulu Tioman...yg dibelinya di Rompin disaat laut bergelora...dan ketika itu juga ombak besar menerjah dan akhirnya Tok Penghulu berjaya membawa mesin kelapa ke tioman...begitulah serba sedikit sejarah mesin kelapa tok penghulu mukim tioman.....


ni pulak sebelah malam nya berguni2 cili kering kami potong dari x hujan hinggalah sehujan lebat...dari pedih di jari jemari hinggalah pedih ke mata... dari ketawa beria-ia hinggalah mengalir air mata di saat biji cili yg dipotong tidak semena-mena terbang ke dalam mata...azabnya hanya Tuhan saja yang tahu...x caya ko tanya Yo (Norul) / suami dia sebab x silap aku mata dia org penah termasuk cili boh ketika menumbuk sambal nak wat sambal belacan hahhaha...(ikut suka koranglah nak caya ke tak...ada aku kisah....).

Mata akupun dah pedih mengadap pc ni...tilam pun dah memanggil2...aku rasa setakat ni saja dulu kisah aku.... "Sambil Menyelam Terminum Air Masin"- Episod 1....Esok senang2 aku continue cerita aku ni k.lah Adios Amigos...Good Nite & Selamat Malam...ZzzZZzzZzZz.....

Wednesday, March 17, 2010

“I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair”




"Gatsby Deodorant Street Fair Di Berjaya Times Square Kuala Lumpur "





Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL di mana kesemua peserta Projek 400 akan menghadiri ‘Street Fair’ ini bersama. Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Datang Jangan Tak Datang..................

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 10 pagi hingga 5 petang
Tempat : Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut sila layari : www.gatsby.com.my/streetfair

Pengangkutan Mudah Kesana : Menaiki Monorail ke Stesen Imbi.


Peta Rujukan ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur






Banyak hadiah-hadiah bakal dimenangi anda melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!


Ingat datang tauuu.....................

Jangan Tak Datang...........

Wednesday, March 10, 2010

Sifoo & Safoo , Aku & Ilmu



Ini adalah hasil karya Agung Merapu aku hahahha...orang tua-tua kata belajar sikit2 lama2 pandailah hehehe...mula-mula memang susah sekarang kacang jek...huhuhu...tapi yg aku dok letih sekarang ni ramai plak nak belajo ngan aku..masalahnya..aku xlah expert sangat lagi ngan menatang yg bernama Photoshop ni..bebulan gak aku belajor sendiri beb bergurukan tutorial kat menantang bernama Internet ni..


Sifoo & Safuu Photoshop CS4
Aku tersangatlah berterima kasih kepada Ahmad Syahrul Basri sepupu aku yg kaki yang leh aku anggap sifoo aku yg mula2 buat aku sakit jiwa tengok hasil2 karya art beliau..hingga berjaya mencabar kewibawaan aku hinggalah aku bertekad dengan memegang azam "Kalo Dia Boleh Nak Pulak Aku tak Boleh..1 Malaysia Boleh Ma..." dan akhirnya Alhamdulilah..pandailah sikit...ibarat kata kalo Ilmu itu seluas laut aku adalah dapat 2-3 titik ilmu laut air masin tu...


Dekat 2 bulan gak aku belajar menatang ni..tapi aku masih tahap amaturele..yg buat aku bengkok kepala ni kengkawan aku ni sanggup beli software semua..tapi nak suruh aku ajor dia hari ni kemudian esok petang dia nak dia terus pandai..gile ape?..

Aku dah bagi guideline korang explorelah sendiri..aku ni belajor ngan Ahmad Syahrul tu sehari jek..then dia bagi guideline kat aku..aku belajar sendiri beb...baca tutorial, tengok contoh2 tutorial yg di ajar sampai lah aku pandai skit..kalo x faham baru aku call sifoo aku tu... Foto sebelah kanan ni Ahmad Syahrul Sifoo Phothoshop aku

Untuk kengkawan yang baru2 nak berjinak ngan Adobe Photoshop CS4 then x tau langsung nak buat..aku ajar korang buka web www.sifoo.com kat situ mcm tutorial di leh ajar..xpun cari jek kat youtube..siap ada video praktikal untuk korang study dan buat sama2 ngan cikgu kat video tu mengajor...gi kat youtube search : adobe photoshop tutorial.


Sifoo & Safuu Blogger
Aku puji usaha Abang Ipar aku (Nur Muhammad Hj.Mohd Rajoli) ...dia pun gile gak bile dapat tau aku buat blog...yg bestnya dia ni aku ajar sehari jek..lepas tu dia explore sendiri gilelah...sekarang ni hebat lebih kurang aku jek hhehehe..mana x nya aku ni ada 1 je..blog...dia sekarang ni dah ada 2 blog sendiri...blog pertama dia buat business dan satu blog lagi dia buka untuk cer pasal family dia...aku tabik ngan atas usaha dia...




Hah atas ni abang ipar aku ngan anak dia..comelkan..Like Son Like Father...huhuhu...


Inilah Wan Mohd Shafiq...Machokan..tapi dah yg empunya..(hubungan khusus)..huhuhu

Sifoo yg mengajar aku buat blog dengan lebaih mantap dan segar ialah Wan Shafiq/Wan Djembe dialah yg banyak buang masa/buang kredit mengajor aku sampai 2-3 pagi mengadap komputer. Alhamdulilah hari ni aku explore sendiri...bile aku tak tau aku call je dia..tapi kalo dia tak tau dia plak call aku hehehe....



Sifoo & Safuu Editing Video
Sifoo yg mengajar aku editing video ni plak Encik Mozaid ..dia ni mula2 cam x nak ajar aku sebab takut aku potong line job dia hahahha...aku mula2 curi2 belajar sewaktu dia buat editing lepas tu tanpa pengetahuan dia aku beli software editing video aku buat video aku sendiri..last2 kantoi..tapi dia ok jek..lepas tu dialah mengajar aku dari mula edit hinggalah sampai burn dvd Alhamdulilah sampai sekarang aku guna ilmu yg dia bagi dan sekarang aku explore sehabis2 explore hinggalah ke hari ini....aku buat business aku sendiri hahahha...

Hah yg comel sebelah nilah En Mozaid/Yoep..dia ni selalu wat show ngan Salih Yaakob...huhu..lawak gak dia ni...hhehhehe

Tuesday, March 9, 2010

Berkelah Di Sungai Congkak



2 minggu lepas kita org sekeluarga (Family belah wife aku) kita org gi picnic kat Sungai Congkak...inilah kali ke dua aku..last aku gi dulu ngan lecture aku Azhan Rani ale...yg skang ni nama tengah meletup belakon drama tv...dan terkini beliau lakonkan watak syaitan dalam Pementasan Teater "Antara' arahan Erma Fatima...peh lakonan baliau memang mantap hingga menimbulkan kontroversi...panas..panas...hehhehe..video di bawah ni adalah sebahagian contoh Casting video Azhan Rani..bagaimana seseorang aktor dipilih bagi memegang sesuatu watak...layan....



layankan...begitulah persedian seorang aktor yang hendak berjaya dan mempunyai kaliber yg sangat masyuk di jiwa hati penonton yg menyaksikannya....


aku bukan le nak cerita pasal Azhan tapi aku nak cer pasal kita orang gi picnic...memang best memang layan...siap buat BBQ lagi dah lama dah aku x merasa gi picnic mcm ni ngan family....so lepas ni kita org nak merancang ke tempat lain plak...tapi aku nak cadangkan ngan family kita wat collection duit supaya kita dapat wat family day yg lebih mantop..huhuhu...

Sunday, March 7, 2010

Kita Akan Di Jemput

"Dalam kita mempersiapkan diri untuk menuju puncak kekayaan, kemewahan, kesenangan, keselesaan, kebahagiaan, sering kali kita terlupa...yang suatu hari nanti kita akan dijemput..."

"Oleh itu pernahkah kita mempersiapkan diri kita ke arah itu...pernahkah kita terfikir..adakah cukup persiapan kita utk kita menuju puncak kebahgiaan, kemewahan, kesenangan, keselesaan, kebahagiaan utk kita kesana tempat hakiki..di suatu hari yang kita sendiri tidak pasti bila..yang pasti ia akan datang..."

-Dalam aku mengingatkan korang aku gak menigngatkan diri aku sendiri yg sering terlupa akibat dari ke alpaan diri..hanyut di muka bumi yang penuh dengan fatamorgana..aku tetap berusaha ke arah mempersiapkan diri..sebelum di jemput pulang..walaupun aku sendiri sering terlupa..yg kehidupan aku di dunia ini hanya sementara...semoga Allah kuatkan Iman & Hati kita dan Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan semoga kita digolongkan bersama orang-orang yang beriman..selepas kita Di Jemput Pulang...Amin...-



Kita Akan Dijemput

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

Harus diingat... kita hanya musafir
Yang didatangkan... hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput... untuk pulang
Di jemput pulang

Tuesday, March 2, 2010

Lotih Yang Podih...

Assalamualaikum

Sobonar eh...aku letih bangat hari ini..aku bertolak jam 4.00pagi sampai jam 6.30pagi tu yg letih gile..sampai uma solat subuh tido jap..7.30pagi aku bangun siap2 gi pejabat...peh dengan Lotih dan Podihnya..banyak plak keje aku kena buat..antaranya..siapkan surat2 Pusat Seni Stempat (PSS) ..lepas tu meting..lepas tu continue wat surat..kul 4.00ptg bos sains surat2 aku beserta komen2..Peningkatan Tahap Kerja Yg Cemerlang Terbilang & Gemilang..pastu gi cari restoran..nak wat makan tengah hari ngan budak2 ofis sebab dapat RM 500.00 masuk pertandingan sepanduk Maulidur Rasul...hah inilah foto2 gile kita orang cantikan..cam Kampit Beras hahahha....




kalo korang nak tau akulah Ketua Perarakan Maulidur Rasul bagi kumpulan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Pahang (JKKN Pahang) hahaha...tapi akulah ketua yang Lara sebab terpaksa memegang sepanduk...aku terpilih atas dasar akulah yg paling machoo diantara lelaki-lekai yang adoo.....

'Hensem tu xlah tapi manis tu adoo...hehehehe'

1st aku ucapkan tima kasih pd Mat Geli Mat Geli Mat Shah..Asst Enginier JKKN Pahang..sebab jadi Sub Conn mengantikan tempat aku selepas aku bergegas pulang ke KL sebab bini aku call suruh balik awal hahahahha..

Tapi yg Sodih dan Podihnya boleh plak dia balik selepas tau aku balik x kenamanya "Kampit Besar Cap Pudina Sejati"

Nasib baik bos x bising sangat tapi podih gak telinga ni kena sindiran tajam menikam...podihhhh bebbbb....




Hah nilak Partner aku yg boleh tahan hampih Funny kan muke dia..hehhehe..inilah en.Alfani sebab tu muke dia nampak Funny hahahhaa....

Apepun aku respect kat dia sebab sanggup menebal muka pegang sepanduk bersama aku sebab dia org no dua macho selepas aku...ehehehhehe..

tapi yang aku bengang tu Mat Geli Mat Geli Mat Shah boleh plak racun dia ajak balik sebelum program..so dia ni pun aku kategorikan "Kampit Besar Cap Pudina Sejati"...

Apa2 pun tima kasih kat bos (Bung Karno dan Bang Sam) sebab bagi kami 1 pejabat baju batik baru cantikkan...huhuhu..jgn jelous kumpulan kita orglah yang paling mengelip2 dari jauh bile perarakkan bermula...huhu...sampai team lain terpaksa pakai sun glasses bile memadang kumpulan kami hahha..tengoklah tu.....,.




Dari Kiri Barisan Belakang : Umi, Aikin, Kak Ros dan Adda
Dari Kiri : Alfani, Bang Sam, Linda, Fiza, Elly, Sapinah, Katy dan Aku


Dari Kiri Barisan Belakang : Umi, Aikin, Kak Ros dan Adda
Dari Kiri : En.Lok, Bang Sam, Abg Mie, Linda, Fiza, Elly, Sapinah, Katy, Aku dan Mat Geli Mat
Geli Mat Shah



Hah..nilah muke banner..sebab tu dia org x layak pegang sepanduk hahhaahahaha...


hah nilah wajah-wajah hero-hero Malaya (hero pincin/ayam tua) hehhee jgn marah...


Gadis2....Idaman Jejaka Kg Balok Beserah Kuantan hehehhe...


Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul 1431H/2010M



Allhamdulilah esok kita semua umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul oelh yg demikian marilah kita sama2 perbanyakkan selawat kepada Rasullullah.



"Allah Huma Soli Alla Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Saidina Muhammad"

Tadi aku baru je balik dari saksikan raptai penuh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan esok jam 6.00ptg hinggalah 11.00malm di Auditorium RTM Pahang..memang menarik pengisian pada tahun ini antaranya Ceramah Agama, Persembahan Nasyid dari kumpulan Rabbani, Marhaban dan paling menarik Pementasan Sirah Junjungan oleh Artis Budaya SUK N.Pahang dan Artis Budaya Majlis Perbandaran Kuantan. Walaupun latihan mereka x lame..tapi apa yg aku saksikan sewaktu raptai tadi sebuah pementasan yg boleh menyentuh hati dan perasaan sekiranya dihayati dengan penuh rasa keinsafan..

Tahniah kepada semua team pementasan tersebut. Tahniah juga pd Cikgu Lan (walaupun kadang2 macm kampit beras perangainya) kerana suara jantannya berjaya membuatkan bulu roma kaki aku naik hehhee..tapi memang best beb rugi x tengok..


walaupun x segah Pementasan di Istana Budaya..tapi pada aku pementasan ini cukup mengkagumkan walaupun hanya 30 minit..lebih-lebih lagi pementasan ini dibantu oleh live band bersama penyanyi dan korus2 yg boleh tahan kelunakkan suara mereka.. video dan slide show yg ditayangkan juga berjaya membawa kita kembali kepada zaman Sirah Rasullullah.. Aku harap Kerajaan Negeri Pahang dapat beri sedikit bantuan kewangan + lain2 supaya pementasan ini dipentaskan lagi dengan durasi masa yang lebih panjang..

Ini adalah sebahagian babak2 yg berjaya aku rakamkan dengan kamera murah aku ehhehe..



Opening Pementasan "Sirah Junjungan" -Sorry gambar dia x bape clear huhuhu..



Penlipur Lara (Cikgu Lan yg cam kampit)



Antara babak menarik Pementasan "Sirah Junjungan"

E-Dymium

Alhamdulilah ramai sudah berjaya dengan program E-Dymium anda bila lagi hanya RM 425.00 anda akan dapat sutas rantai Dymium berharga RM 275.00 serta merta selepas bertaftar dan pulangan RM 23,000.00 dlm tempoh setahun tanpa berbuat apa2,Amat selamat dan ada pelangan

Sangat Mudah,Adil,dan saya sudah mendapat segala Keperluan yang diiginkan

Berumur 27 tahun
-Sudah mendapat Wang 7 angka tanpa berbuat apa2?
Mustahil? TIDAK ada yang Mustahil dengan DYMIUM

Kelebihan
-Tidak Mewajibkan Mencari Ahli untuk mendapat Pulangan
(23,000.00)Setahun dan secara berperingkat.
-Tetapi Jika Mencari Pelanggan Pulangan juga berlebihan (pilihan di tangan anda)



Dijamin selamat dengan adanya

-Syarikat Berdaftar di Sektor Kerajaan
( Akta Jualan Lansung 1993 )
-Laman Web Yang Sah
Click!!