Ram otak, fikiran & tenaga aku hari ni agak slow skit..aku x taulah..nape..aku rase letih semacam je..maybe cuaca panas..menyebabkan aku jadi Lagu Tu Kot..tapi ntahlah..ape kena mengena otak, fikiran & tenaga aku..kalo ngan hati aku sekali terasa tersangat2lah lemau dan sayu..
Hati aku bertambah sayu bile dengar suara sayu isteri aku seperti keletihan. Dia bgtau hari ini dia terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan sewaktu pergi dan pulang kerja, kerana 2-3 kali dia muntah di tepi jalan (akibat alahan/mabuk mengandung 3 bulan)...aku sebenarnya risau akan keselamatan isteri aku..tapi apa aku boleh buat jarak antara kami jauhnya beratus kilometer..tapi aku percaya isteri aku seorang yg sangat kental jiwanya berbanding aku..tetapi sekental mana wanita itu dia tetap seorang wanita..seharusnya disaat ketika ini dia tidak sepatutnya bersendirian, tapi kerana kerjaya kami terpaksa akur...
Namun begitu aku akan terus menunggu sehingga penghujung bulan April 2010 sekiranya masih tidak ada jawapan yang pasti mengenai permohonan pertukaran aku...Insya Allah aku akan terus bersemuka dengan pihak atasan..memberitahu masalah yang di hadapi oleh aku dan isteri...semoga pihak atasan dapat menguraikan masalah aku ini itupun jika benar mereka memegang slogan YAB PM "Rakyat Di Dahulukan,Pencapaian di Utamakan".
Apa guna aku bekerja disini lagi jika prestasi kerja aku semakin tidak menentu, ramai rakan2 seperjuangan beri pandangan suruh isteri aku berhenti kerja jadi suri rumah sepenuh masa..tapi aku cabar dia orang..kalo dia orang boleh bagi aku RM 3,000.00 setiap bulan pada aku, aku akan suruh isteri aku berhenti kerja.. dan jadi suri rumah sepenuh masa..korang ingat dengan gaji aku yg RM 2k tu cukup utk menampung keluarga ke banyak benda yg nak kena aku tanggung beb..kalo korang pendapatan RM2K sebulan utk sara keluarga cukup ke??

K..lah akupun xnak panjang2kan kesedihan aku..cuma aku nak bagitau kepada kengkawan yg belum melawat AK Hidayat (salah seorang NGO Kebudayaan Negeri Pahang) pergilah melawat beliau yang sudah hampir 2 minggu terlantar di hospital akibat dilanggar mat rempit yg berhati busuk..kerana langgar lari..Kami rakan2 lain yg telah melawat beliau dan kami amat simpati dengan kejadian yg menimpa ke atas diri beliau, kami disini sentiasa mendoakan beliau cepat sembuh dan akan kembali memeriahkan Seni Budaya di Negeri Pahang dengan karya2 hebat beliau...Insay Allah..bak kata orang-orang tua 'Kita Merancang Tuhan Yang Menetukan'
Aku Percaya Dengan Qhado dan Qhadar dari-Nya
Segala Yang Terjadi Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya
Hadapilah Dengan Senyuman - Dewa 19
Ermm...shahdunya cer seniman ni...apa kater bersabar 3 - 5 bulan...buat sungguh2 dymium... dah ada income lebih sket or banyak kan dah membuatkan seorang boleh menanggung keluarga... hehehe...kesian kat isteri...isteri sepatutnya mengikut suami, melayan suami dsb... ke guana... from cikgu mizi
ReplyDelete